Google+ Followers

Monday, 6 February 2017

Tahun Ayam Api mengikut perspektif kaum Cina

Entri: 47
Teks: Usry Abdullah
Foto: Google Image


Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Bertemu kembali  dalam entri  blog Pegurusan Pemasaran dan Strategi perniagaan.  Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Chai)  kepada mereka yang merayakannya. 

Walaupun ucapan ini agak terlewat, tetapi jika anda mengikuti tradisis masyarakat Cina, perayaan Tahun Baru Cina ini masih masih lagi disambut dan kemuncaknya ialah pada 11 Februari 2017 nanti.  

Mengikut  perkiraan ilmu kaum Cina atau  Feng shui,  kali ini giliran ayam pula yang mengambil alih  tugas mengemudi  dan mencorak pola kehidupan  masyarakat dunia setelah monyet mengahiri tugasannya secara rasmi  pada 27 januari 2017 yang lalu. 

Mengikut  kepercayaan mereka,   tahun  ini merupakan kombinasi di antara  elemen ‘ayam’ dan elemen ‘api’, dan kombinasi elemen ini membawa petanda yang  'sedikit kurang baik'. Tahun ini  dijangka akan berlaku lebih banyak lagi  konflik, ketegangan dan ketidak tentuan  sama ada dari segi  ekonomi, politik mahu pun aktiviti sosial berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun kita sebagai orang islam tidak digalakkan untuk mempercayai apa jua ramalan namun tidak menjadi kesalahan untuk kita  berbincang berkenaan ramalan mereka ini sekadar untuk pengetahuan. Seandainya ramalan atau perkiraan mereka itu  benar-benar berlaku anggaplah ia sebagai satu kebetulan. Kesemua ini sebenarnya sudah pun ditentukan Allah sejak azali lagi, cuma alamatnya saya diturunkan secara berperingkat-peringkat untuk dikaji oleh manusia. Salah satu bidang kajian yang popular di kalangan masyarakat Cina ialah Feng Shui.  Dalam entri kali ini mari kita sama-sama mengkaji beberapa faktor yang mungkin boleh menyokong prediksi mereka berkenaan tahun ayam api tetapi  mengikut perpektif pengurusan strategi moden.


Terdapat beberapa peristiwa atau kejadian yang boleh dijadikan sebagai faktor penyebab untuk menyokong prediksi mereka  ini. Antara faktor atau peristiwa yang berpotensi untuk menyumbang kepada tekanan dan ketidakstabilan ialah beberapa tindakan kontroversi yang dilakukan oleh  Presiden Amarika yang baru, iaitu Donald Trump selepas beliau mengambil alih teraju Rumah putih pada 20 Januari 2017 yang lalu.

Sehari dua selepas menerajui Rumah putih (White House), beliau telah menandatangani satu kempen  sekatan perjalanan ke atas beberapa penduduk negara islam seperti Iran, Iraq, Syria, Kuwait dan mesir dari memasuki Amarika. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk negara-negara terlibat dan masyarakat islam keseluruhannya sehingga adanya tunjuk perasaan di beberapa bandar dan negara. Tindakan ini jika tidak diatasi atau diselesaikan dengan baik sudah pasti memberi kesan negetif terhadap hubungan Amarika dengan negara-negara islam. Ia boleh mengundang ketegangan dalam hubungan diplomatik sekiranya tidak ditangani dengan baik. Malah boleh menyebabkan semakin ramai pengganas di negara Arab menjadikan Amarika sebagai sasaran serangan mereka pada masa hadapan. Ini akan menyebabkan ketindak tentuan dalam politik antarabangsa.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga  telah menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan proses pembinaan tembok bagi menghalang kemasukan rakyat dari negeri jirannya- Mexico, dari memasuki Amarika. Malah beliau juga meminta kerajaan Mexico membayar segala kos pembinaan tembok tersebut. Tindakan ini juga bakal mengundang ketegangan di antara kedua belah pihak.

Trump juga telah membuat kejutan dengan memecat Peguam Negara yang tidak menyokong tindakan beliau menghalang kemasukan penduduk negara-negara terlibat dari memasuki Amarika. Tindakan beliau ini  juga bakal menimbulkan ketegangan. Kali ini  hubungan di antara beliau dengan rakyat Amarika sendiri. Seali lagi jika isu ini tidak ditangani dengan baik dan berlanjutan, ia kemudiannya akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi negara tersebut pula dan seterusnya mengganggu kestabilan ekonomi dunia secara keseluruhannya.
 
Seterusnya Trump juga telah mengumumkan penarikan diri negara Amarika  dari menyertai perjanjian TPPA yang ditanda tangani di antara negara- negara membangun dan beberapa buah negara maju seperti Jepun dan Australia  semasa pemerentahan Barack Obama tahun lepas.  Dengan pengunduran  Amarika dari perjanjian TPPA  ini bermakna  beberapa perkara atau isu yang telah dipersetujui sebelum akan turut berubah.  Antara isu penting ialah berkenaan kadar tariff dan cukai. Ini sudah tentu akan memberi sedikit impak kepada negara yang telah menandatangani perjanjian ini di mana kadar tarif dan cukai yang mungkin sepetutnya dikurangkan akan kembali semula seperti sebelumnya. Ini juga akan mengurangkan jumlah dagangan di antara Amarika dengan negara-negara terlibat, termasuk Malaysia.


Manakala di peringkat domestik atau dalam negara kita pula, indikasi yang paling ketara dan senang dilihat untuk menyokong andaian bahawa tahun 'ayam api' ini tidak begitu mesra kepada dunia perniagaan ialah kurangnya kemeriahan ketika  rakyat negara kita menyambut kedatangan  perayaan  Deepavali,   Krismas  dan Tahun Baru Cina yang berlangsung baru-baru ini.  Sepanjang  tempoh ketiga-tiga perayaan itu berlangsung, anda bolehperhatikan sendiri keadaan di mana banyak pusat beli belah  tetap lengang  walaupun  tiga  perayaan besar bakal berlangsung secara berturutan

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila ada sambutan perayaan, kita yang tidak menyambutnya juga turut terasa akan kemeriahannya. Para pengguna akan sebok membuat persiapan bagi menyambut perayaan mereka itu, lebih-lebih lagi perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina. Ini adalah kerana ekonomi negara dikuasai oleh kedua-dua kaum ini.



Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sambutan kedua-dua perayaan tersebut adalah hambar. Malah menurut beberapa peniaga,  aktiviti membeli belah di saat –saat akhir  sebelum menjelangnya hari perayaan juga amat mengecewakan mereka  walaupun  pelbagai promosi dan potongan harga ditawarkan. 

Ini menunjukan bahawa kesemua golongan pengguna  di dalam negara sedang menghadapi tekanan ekonomi dan memaksa mereka  mengawal corak  perbelanjaan. Mengikut mereka lagi, keadaan ini dijangka menjadi semakin teruk selepas berakhirnya tahun baru Cina dan mungkin bakal menjejaskan  kemeriahan sambutan Thaipusam dan Hari Raya Puasa yang bakal tiba beberapa bulan lagi. Keadaan ini bakal memberi tekanan kepada peniaga untuk kekal 'survive' sepanjang tahun ini.


Di samping itu,  impak dari kejatuhan matawang ringgit  kesan  dari kenaikan mendadak USD selepas kemenangan mengejut Donald Trump dalam pilihan raya Presiden pada November 2016 yang lalu juga  masih belum pulih sepenuhnya.  Nilai ringgit masih  berada di bawah paras yang sepatutnya. Ia hanya mampu naik sekitar  RM4.40 hingga RM4.50  untuk USD1 walaupun harga minyak mentah dunia mula menunjukkan peningkatan. Sepatutnya nilai ringgit akan meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak mentah sebagaimana yang dialami oleh negara-negara pengeksport minyak dunia yang lain.

Situasi kelemahan ringgit ini juga memberi petanda kurang baik kepada masa depan ekonomi negara. Ia telah menyebabkan rezab antarabangsa bank negara semakin menyusut dan memaksa kerajaan membuat beberapa langkah yang tidak popular iaitu dengan  mengurangkan subsidi  ke atas bahan api seperti petrol dan disel  sebanyak dua kali, iaitu pada awal januari 2017 dan Februari 2017 baru-baru ini. Kerajaan juga telah menghadkan aktiviti spekulasi matawang di pasaran antarabangsa. Tindakan ini diharap dapat mengekalkan kestabilan ringgit dan seterusnya mengembangkan semula ekonomi negara.

Namun begitu, tindakan yang diambil oleh kerajaan ini  pastinya bakal memberi 'lebih tekanan' kepada pihak  pengguna. Kuasa beli mereka bakal terjejas lagi dan  ia seterusnya akan memberi kesan negatif kepada  golongan peniaga. Hasil jualan dan keuntungan yang  mereka perolehi bakal berkurangan. Malah ia juga mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi peniaga kecil yang terpaksa meninggalkan arena keusahawanan ini. 

Indikator seterusnya yang mungkin boleh menyokong prediksi Feng Shui yang menyatakan keadaan ekonomi negara pada tahun 'ayam api' ini tidak memuaskan dan tidak baik untuk dunia perniagaan ialah apabila kita melihat prestasi pasaran saham negara atau lebih dikenali sebagai Bursa Malaysia. Ada pendapat yang mengatakan sekiranya prestasi pasaran saham adalah bagus, maka baguslah keadaan ekonomi negara tersebut dan begitu sebaliknya.

Dari pemerhatian dan laporan tahunan, sepanjang tahun 2016 sehingga awal tahun 2017, prestasi pasaran saham negara amat malap. Prestasi Bursa Malaysia adalah yang terburuk di Asia dan kebanyakan urus niaga yang berlaku di dalam pasaran sepanjang suku ketiga dan keempat 2016 adalah digerakkan oleh dana tempatan dan segelintir pelabur runcit sahaja. Manakala dana asing pula dilihat semakin menjauhi pasaran saham kita. Contohnya, pada minggu pertama buan Februari, sebanyak RM382.8 juta dana pelabur asing telah keluar dari pasaran tempatan. Prestasi pasaran saham yang lemah ini juga merupakan indikasi yang menyokong prediksi Feng Shui yang menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara pada tahun ayam api ini adalah  benar-benar mencabar.

Dari perbincangan terhadap indikator-indikator tadi, jika sepanjang tahun monyet dahulu masih ramai  di kalangan peniaga kecil yang hanya menjadi pemerhati dan mengambil sikap tunggu dan lihat,  kini dengan kehadiran tahun ayam api  rasanya sudah tiba masanya  untuk  mereka bertindak. Lakukan sesuatu sebelum terlambat, sama ada dengan menukar strategi perniagaan atau pun menukar model perniagaan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. 


Sekian untuk kali ini.

Monday, 16 January 2017

Cabaran Awal tahun 2017

Entri: 46
Teks: Usry Abdullah
Foto: Google image


Salam sejahtera  kepada pengunjung blog Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. 

Sudah dua minggu kita menjalani kehidupan di tahun baru 2017. Tahun yang dianggap sebagai tahun mencabar oleh kebanyakan usahawan. Tahun yang penuh dengan ketidak tentuan.

Sebagaimana yang dialami oleh penduduk di Amerika syarikat yang  masih terkejut dengan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya baru-baru ini, di negara kita juga tidak terkecuali. Awal-awal tahun lagi kita  sudah dikejutkan oleh  kenaikan harga petrol dan disel, iaitu sebanyak 20 sen dan 15 sen bermula 1 Januari baru-baru ini.

Kenaikan ini sudah pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan pengguna yang  ketika itu sebok membuat persiapan akhir bagi menghadapi sesi persekolahan anak yang bermula pada 3 Januari. Ia juga pasti membuatkan ibu bapa mengalami sedikit tekanan kerana terpaksa melakukan pengubahsuaian dalam bajet untuk bulan ini. Mana tak nya, duit untuk bayar yuran PIBG dan beli pakaian seragam/ uniform  kokurikulum anak terpaksa ditarik sedikit untuk isi minyak motor atau minyak kereta. Silap-silap, bagi yang benar-benar tidak mampu terpaksa menunda pembelian pakaian seragam/uniform kokurikulum itu pada bulan depan (bulan Februri).
Keadaan ini sudah pasti sedikit sebanyak akan  memberi kesan sampingan juga kepada golongan peniaga. Ini adalah kerana mengikut sifir mudahnya, apabila golongan pengguna mengalami kekurangan wang dalam saku mereka, ia akan menyebabkan mereka kurang  untuk berbelanja pada bulan itu dan tindakan tersebut akan memberi kesan kepada pendapatan golongan peniaga.

Pada minggu pertama tahun 2017 juga kita turut dikejutkan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian. Ini adalah kesan dari kejatuhan ringgit yang berlaku semenjak bulan Oktober 2016.  Kesan dari kejatuhan  dalam tukaran wang asing ini mula dirasai secara menyeluruh sekarang ini kerana  pengimport dan pemborong sudah kehabisan stok barangan yang dibeli ketika  nilai ringgit stabil dahulu. Oleh itu nak tak nak mereka terpaksa menjualnya dengan harga baru.

Contohnya daging import yang dulunya dijual dengan harga RM16 sekilogram telah meningkat sebanyak 137% menjadi  RM22 sekilogram hanya dalam tempoh dua bulan (Harian Metro 11 Januari 2017).  Manakala harga sayuran seperti kobis, lobak merah dan sawi yang diimport dari  India, Thailand dan China pula mengalami kenaikan harga sebanyak 100% hingga 150% ( Harian metro, 9 januari 2017).

Kenaikan  harga ke atas barangan keperluan harian ini menimbulkan masalah baru bukan saja kepada pengguna  tetapi  peniaga juga tidak terkecuali. Jumlah kedatangan  pelanggan ke premis mereka semakin merosot kerana majoriti dari kalangan mereka seakan  tidak boleh menerima kenaikan harga ini walaupu mereka juga tahu bahawa kesan tersebut adalah disebabkan oleh oleh kejatuhan nilai mata wang negara.  Lantaran itu, ramai peniaga yang  menjadi serba salah sama ada bersedia untuk menanggung 'sedikit kerugian'  atau menjualnya dengan harga baru dan menerima kritikan daripada pelanggan.

Situasi ini bukan saja dialami oleh peniaga yang menjual produk keperluan harian sahaja.   Mereka yang menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan dan kosmetik, perabut dan   jual beli kenderaan serta hartanah juga merasai akan kesan ini. Disebabkan berlaku kenaikan kos mengimport produk kecantikan misalnya telah memaksa pihak pengeluar produk kecantikan dan kosmetik ini  menaikkan harga sewaktu menjual kepada pengedar mereka di seluruh negara dan seterusnya memberi masalah baru kepada stokis serta agen-agen mereka.

Ramai agen dari syarikat jualan langsung yang dulunya mempunyai ramai pelanggan mula terkena tempiasnya. Jika dulu mereka boleh hidup selesa dengan hanya menjalankan perniagaan secara online, kini  mereka terpaksa  mengubah taktik kepada  taktik Hybrid O2O untuk mencari lebih ramai pelanggan baru bagi mengekalkan target bulanan.  

Mereka tidak boleh lagi berharap kepada pelanggan di atas talian seperti   face book, twitter dan instagram semata-mata, sebaliknya mereka perlu bertindak  lebih agresif lagi  iaitu dengan keluar mencari pelanggan, sama ada penduduk yang tinggal di sekitar kediaman mereka atau rakan-rakan di tempat bertugas untuk membuat promosi. 

Begitu juga dalam sektor automobil dan perabut. Mereka yang terlibat dalam industri ini juga terpaksa berlumba dengan membuat pelbagai tawaran dan pakej istimewa bagi menarik pelanggan agar membeli kereta atau perabut keluaran syarikat mereka.

Sehingga entri ini ditulis, ramai pakar ekonomi yang masih tidak dapat menjangka sehingga tahap mana nilai mata wang negara kita akan jatuh sebelum ia menemui  titik kestabilan. Kadar penghijrahan modal elabur asing juga masih lagi tinggi dan membimbangkan. Sekiranya keadaan ini berterusan untuk tempoh sebulan dua lagi, kadar inflasi dijangka semakin meningkat dari sebelumnya dan ia pasti akan menyukarkan lagi golongan peniaga untuk menjalankan perniagaan. Selain dari masalah kehilangan pelanggan, mereka tidak dapat membuat perkiraan sebenar tentang kos menjalankan perniagaan, Ini akan mempengaruhi margin keuntungan  jika tersilap membuat  unjuran.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi dilain entri.




Friday, 30 December 2016

Tahun 2017 dan ketidak tentuan pasaran.

Entri: 45
Teks: Usry Abdullah
Image: Google Image


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. Sedar tak sedar, sudah genap setahun usia blog ini semenjak entri pertama ditulis  pada pertengahan November 2015 yang lalu. 

Terima kasih kepada penjenguk yang sudi singgah di sini dan terima kasih juga kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak  di blog ini. Semoga setiap perkongsian yang saya tulis di dalam blog ini dapat memberi manafaat kepada anda, terutamanya dalam menguruskan perniagaan. Apa yang baik dan bermanafat itu datangnya dari Allah dan yang mana yang terkurang  itu adalah dari kesilapan dan kelemahan saya sendiri.

Agak lama  saya tidak 'update' blog ini disebabkan oleh komitmen tugas dan aktiviti pembelajaran. Tambahan pula pada hujung tahun banyak pula tugasan yang perlu dilakukan untuk perancangan dan persediaan pada tahun hadapan. Di samping itu, keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu  juga membuatkan saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mencari, menilai dan meneliti indikator-indikator yang berkaitan sebelum mengemaskini blog. Dikhuatiri saya silap atau tersalah membuat ulasan.

Tahun 2016 bakal meninggalkan kita sedikit masa lagi. Ia berlalu bersama pelbagai peristiwa pahit manis. Namun sebagai seorang usahawan, apa yang berlaku setiap hari di dalam kehidupan seharian adalah peluang untuk anda. Tidak ada satu pun peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan anda yang sepatutnya dianggap atau ditafsirkan sebagai masalah. Sebaliknya ia adalah  peluang untuk anda mempelajari ilmu dan pengalaman baru. Ini adalah kerana setiap kali anda berjaya menyelesaikan satu-satu masalah yang dihadapi, anda akan mendapat ilmu dan pengalaman baru.

Sebelum meninggalkan tahun 2016 ini, saya ingin membuat sedikit ulasan berkenaan 'ketidak tentuan' dalam faktor ekonomi yang mungkin  mempengaruhi perniagaan anda sepanjang dua belas bulan pada tahun 2017 nanti. Dengan ini anda dapat membuat pemantauan dan  perancangan awal bagi menghadapi ketidak tentuan ini.

Dari sorotan kajian dan pemerhatian ke atas beberapa indikator, ketidak tentuan yang perlu diberi perhatian oleh anda dan para penaiga lain pada tahun 2017 nanti ialah kesan  kejatuhan nilai matawang negara kepada pengguna dan perniagaan anda.  

Setakat entri  ini ditulis, matawang negara kita sudah pun jatuh melebihi 20% dari tahun sebelumnya. Kejatuhan mata wang ini bermula seawal tahun 2016 lagi tetapi dengan kadar yang perlahan. Namun menjelang suku ketiga tahun 2016  ia menjadi semakin drastik dan tidak terkawalNilai ringgit semakin merosot dari sehari ke sehari Misalnya pada pertengahan Ogos 2016 yang lalu, nilai ringgit di catat  RM3.60 untuk USD1,  tetapi setakat entri ini ditulis pada 31 Desember 2016, nilainya  telah merosot kepada RM4.47 untuk USD1. 

Sekiranya pihak kerajaan tidak berbuat sesuatu, ia bakal memberi kesan jangka panjang kepada kestabilan ekonomi negara dan seterusnya akan mengganggu kelancaran perniagaan yang anda dan peniaga-peniaga lain sedang usahakan sekarang ini. Untuk makluman, negara kita pernah mengalami situasi kejatuhan nilai ringgit ini pada tahun 1998 yang lalu. Kejatuhan yang amat ketara pada ketika itu telah memaksa pihak kerajaan untuk membuat tambatan nilai demi menjaga kestabilan ekonomi dan kesinambungan perniagaan. Namun dalam kes yang berlaku sekarang dan sehingga entri ini ditulis, pihak kerajaan masih belum membuat sebarang langkah pencegahan atau pemulihan. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan,  tahap ketidak tentuan di dalam pasaran akan menjadi semakin tinggi dan ia semakin menyukarkan anda untuk mengurus dan menjalankan perniagaan pada tahun 2017 nanti. 
Sebagaimana yang dibincangkan dalam entri 45 blog ini,  kesan dari kejatuhan nilai matawang  negara secara langsung akan mempengaruhi  kos pengimportan ke atas barangan dari luar negara.  Ia akan meningkatkan kos import sebanyak 20%-30% daripada sebelumnya. Oleh itu syarikat pengimport tadi terpaksa menaikkan harga produk yang diimport  sebanyak 30%-40% lagi bagi mengekalkan margin keuntungan yang mereka perolehi sebelum ini. 

Ini seterusnya akan memberi 'kesan domino' kepada rantaian nilai,  di mana pemborong yang membeli barangan import dari syarikat pengimport tadi kemudiannya akan meningkatkan harga pada kadar yang sama iaitu sekitar 20%- 30% apabila mereka menjual produk tersebut kepada anda. Selanjutnya akan memaksa anda untuk  menaikkan harga produk sebanyak 10%-15%  ke atas produk tersebut  apabila menjualnya kepada pelanggan anda nanti. 

Persoalannya di sini ialah adakah pelanggan anda mampu dan bersedia untuk membayar lebih ke atas produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan itu? Adakah mereka masih mampu untuk berurus niaga dengan anda? Apakah langkah yang perlu diambil?

Di samping itu, satu lagi fenomena yang dijangka melanda negara membangun termasuk Malaysia pada suku pertama 2017 nanti ialah fenomena 'Trump Bump'. Fenomena  'Trump Bump' ini juga akan memberi kesan kepada matawang negara. 'Trump Bump' ialah keadaan dimana berlakunya penjualan ke atas matawang negara-negara  membangun secara besar-besaran. Ia berlaku selepas kemenangan Donal Trump  dalam pilihanraya Amerika pada bulan November yang laluFenomena ini masih dan sedang berlaku sehingga  hari ini dan dijangka mencapai kemuncaknya setelah  beliau secara rasmi menduduki Rumah Putih pada 20 Januari 2017 nanti dan melaksanakan semua dasar yang telah dijanjikan semasa beliau berkempen dalam pilihan raya yang lalu.

Salah satu dasar yang beliau janjikan semasa berkempen  ialah untuk memastikan Bank Pusat Amerika menaikkan  'kadar interest' demi menjaga kestabilan ekonomi negara mereka yang semakin metudum. Jika dasar ini dilaksana sepenuhnya, ia akan  mendorong  lebih ramai lagi pelabur-pelabur asing yang berada di negara-negara membangun termasuk pelabur asing di Malaysia  untuk menjual saki baki pegangan mereka  di sini dan membawa  wang tersebut untuk dilaburkan semula di  Amerika. 

Tindakan pelabur-pelabur asing ini akan menyebabkan nilai matawang USD semakin mengukuh berbanding matawan lain di pasaran dan ia juga bakal melemahkan lagi nilai ringgit kita yang telah sedia lemah  sekarang ini. Sekali lagi perniagaan anda akan menerima 'kesan domino' akibat kejatuhan nilai ringgit. Malah kesan 'wave kedua' ini  dijangka lebih teruk lagi berbanding kesan yang diterima sebelum ini.

Ini adalah kerana, di samping ia akan meningkatkan lagi kos dalam menjalankan perniagaan, kesan kejatuhan nilai ringgit yang berterusan ini juga akan menyebabkan kadar inflasi dalam negara menjadi semakin meningkat berbanding tahun 2016.  Jika tahun 2016 yang lalu kerajaan telah mengumumkan bahawa kadar inflasi dalam negara kita berada di tahap yang terkawal, iaitu sekitar 3%-5%, namun jika kejatuhan nilai ringgit ini terus berlaku secara berterusan dan tanpa kawalan, ia boleh meningkatkan lagi kadar inflasi sebanyak 1%- 2% lagi.  

Kesan ini  pasti akan menyebabkan pelanggan anda yang rata-ratanya terdiri daripada pekerja swasta dan kerajaan yang hanya menerima kadar kenaikan gaji  tahunan mereka sekitar 3%-5% setahun mungkin tidak lagi mampu untuk bertahan dengan peningkatan inflasi tersebut. Jika sepanjang tahun 2016 dulu sudah ramai dari pelanggan anda yang 'mengaktifkan' pelan perbelanjaan berhemah dan berjimat, situasi ini  pula memaksa mereka untuk  mengaktifkan   pelan 'extra jimat'  ketika mereka berbelanja.

Contohnya, jika sepanjang tahun 2016 dulu ramai pelanggan anda yang masih lagi mampu untuk membeli ayam dan daging untuk santapan harian keluarga, namun disebabkan tidak lagi mampu untuk menanggung  kesan kenaikan kos hidup akibat dari kejatuhan nilai ringggit dan inflasi pada tahun 2017 nanti, tidak hairan jika ada di kalangan mereka yang tidak lagi datng membeli ayam dan daging yang dijual di gerai anda. Sebaliknya  mereka hanya mampu membeli  ikan dan sayur 'kelas murahan' sahaja di pasar pagi atau pasar minggu untuk keperluan keluarga. Begitu juga sekiranya pada tahun 2016 dulu masih ramai pelanggan yang  beratur membeli wafer yang dijual dikiosk anda, jangan terkejut sekiranya mereka merubah tabiat mereka dari membeli wafer yang anda jual dengan harga 80 sen sekeping kepada membeli apam balik yang berharga 50 sen yang dijual di tepi jalan untuk hidangan minum petang.

Perubahan drastik yang berlaku dalam corak perbelanjaan pelanggan ini pasti akan memberi kesan kepada  perniagaan anda. Oleh itu sebagai peniaga, anda perlu bersedia dan merangka pelan bagi menghadapi situasi ini bermula dari sekarang.

Faktor-faktor lain yang dijangka bakal mengganggu kestabilan perniagaan anda sepanjang tahun 2017 ialah  kesan kenaikan  ke atas bahan api seperti gas, petrolium dan disel (untuk membaca kesan kenaikan petrolium dan bahan api, anda boleh klik di sini). Jika trend kenaikan ke atas bahan api dan petrolium ini terus berlaku sebagaimana  trend  2016 yang lalu, ia  bakal  meningkatkan lagi kenaikan kos operasi  dan rantaian nilai dalam sektor pembuatan dan perniagaan. Seterusnya sekali lagi kesan ini akan mempengaruhi pendapatan dan corak perbelanjaan isi rumah, yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada perniagaan yang anda usahakan. 
 
Untuk menghadapi situasi 'ketidak tentuan' ini pada tahun hadapan, anda perlu  sentiasa peka kepada perkembangan semasa dan rajin-rajinlah meninjau serta membuat analisis persekitaran dan  mengkaji kesan polisi yang bakal diambil oleh kerajaan ke atas perniagaan anda. Dengan ini anda akan dapat membuat perubahan strategi dan cara berbisnes. 

Akhir sekali, suka diingatkan bahawa sekiranya sepanjang tahun 2016 yang lalu anda masih  lagi ada masa untuk bersenang-senang sambil  menguruskan perniagaan, tapi pada tahun 2017 ini anda dinasihatkan supaya lebih proaktif.  Jika tahun 2016  yang lalu anda lebih menumpukan kepada aktiviti pengembangan atau pengukuhan perniagaan anda, tetapi pada tahun 2017 nanti anda dinasihatkan untuk memikirkan  strategi dan taktik sesuai untuk membolehkan peniagaan anda terus 'survive'!

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di coretan akan datang.

Selamat menyambut tahun 2017. Tahun yang lebih penuh dengan cabaran dan ketidak tentuan.