Friday, 31 March 2017

Destructive technologi, Perlu ikut atau tidak?



Salam sejahtera kepada pengunjung blog Strategi Pemasaran dan pengurusan perniagaan.  Nampaknya kita sudahpun  berada di hujung bulan Mac dan genaplah tiga bulan kita berada di tahun 2017. 

Bagiamana dengan prestasi perniagaan anda? Sudahkah anda membuat laporan kewangan seperti yang disarankan dalam entri sebelum ini? Jika sudah, bagaimana pencapaian untuk sepanjang suku pertama tahun ini? Adakah ia menepati sasaran? Jika ya, tahniah buat anda dan teruskan usaha untuk mencapai target pertengahan tahun pula dan jika tidak menepati sasaran, fikir dan rancanglah dengan teliti bagaimana untuk meningkatkan prestasi perniagaan anda bagi tempoh 3 bulan dari sekarang. Langkah  bagaimana untuk membuat perancangan boleh  anda dapati dalam entri –entri terdahulu di dalam blog ini. 


Kali ini saya ingin bercerita berkenaan ‘ distructive technology’.  Saya terpanggil untuk menulis berkenaan isu  ini kerana semakin ramai di kalangan teman dan rakan yang menjalankan perniagaan telah menerima kesan ‘distructive technology’ ini. Terutamanya yang menjalankan perniagaan menjual peralatan elektronik dan berkaitan  telefon.


Apa yang dimaksudkan dengan ‘distructive technology’?  Biasanya kita selalu mendengar istilah innovasi atau pembangunan teknologi. 


Kemajuan, innovasi atau ‘upgrade’ ialah keadaan di mana  timbulnya satu teknologi terkini yang  akan memberi kesan postif kepada kedua-dua pihak iaitu pihak  pengguna dan peniaga. 
Contohnya, sekitar tahun 1990an atau tahun 2000  dahulu,  anda terpaksa  memandu kereta atau menaiki bas  ke pasaraya atau butik  jika teringin untuk membeli baju. Namun, apabila timbulnya teknologi maklumat dan kehadiran internet, anda tidak perlu berbuat begitu lagi. Anda hanya perlu membuka ‘lap top’ atau komputer  di dalam bilik di rumah atau di pejabat dan melayari  kedai ‘online’  tertentu dan seterusnya membuat pesanan dan pembayaran, juga  menggunakan ‘online banking’. 


Selang beberapa hari, barang yang dipesan itu akan tiba di rumah atau di pejabat anda. Dihantar oleh  pekerja  Pos laju atau  perkhidmatan ‘courier’.  Manakala dari sudut peniaga pula, jika sebelum ini mereka terpaksa menyewa kedai atau butik untuk mempamerkan produk yang dijual, namun dengan kemajuan dalam teknologi, mereka hanya perlu menyimpan stok di dalam bilik di rumah mereka  Mereka hanya perlu membuka sebuah kedai di alam maya dan memuat naik gambar dan ciri-ciri produk tersebut ke  Page atau blog mereka. 


Manakala konsep ‘distructive technology’ pula ialah  teknologi  baru yang dicipta untuk menggantikan teknologi yang sama dan sedang diguna oleh kita  pada hari ini.  Biasanya dicipta oleh pesaing dengan tujuan untuk merampas pasaran. Ia seterusnya  memberi kesan negatif kepada sesebuah syarikat  atau perniagaan  yang menggunakan tenologi tersebut dan seterusnya menyebabkan perniagaan itu hilang  daya saingnya. Jika tidak segera diatasi mungkin akan  menyebabkan perniagaan tersebut  boleh ditutup. 


Contohnya, apabila applikasi uber diperkenalkan,  penumpang boleh mendapatkan khidmat kereta penumpang  dengan lebih murah dan cepat berbanding perkhidmatan yang disediakan oleh pemandu teksi biasa.  Malah penumpang juga  boleh memilih jenis kereta yang berjenama berbanding  menggunakan teksi yang kebanyakannya terdiri daripada kereta buatan  tempatan. 


Begitu juga dalam industri perkhidmatan insuran. Jika  sebelum ini ramai pemilik kenderaan yang ingin memperbaharui  insuran kereta  terpaksa pergi mencari  agen insuran kerana hanya agen insuran saja yang boleh memasuki laman sesawang syarikat insuran yang diingini. Namun  kini tidak lagi. Pemilik kenderaaan  sudah boleh memperbaharui insuran kenderaan  mereka secara terus dengan syarikat insuran.  Kesannya, ramai agen insuran mula kehilangan pelanggan.  


Setiap hari ‘Destructive teknology’ ini semakin berkembang dan menghampiri kita. Setiap negara mengalaminya dan ia bakal  merubah cara hidup dan corak pembelian  pengguna pada masa akan datang.  Dengan kehadiran ‘distructive technology’ ini, pelanggan menjadi semakin bijak dan memilih. Oleh itu, sekiranya  peniaga  tidak bersedia untuk berubah seiring dengan perubahan  ini, satu hari nanti perniagaan mereka  akan menjadi tidak releven dan bakal terkeluar dari pasaran tak kira sama ada mereka menjalankan perniagaan secara konvesional atau atas talian. 


Langkah pertama  yang boleh diambil  oleh peniaga yang menerima kesan 'destructive technology' ini  ialah  dengan  menerima kenyataan bahawa ‘destructive technology ‘ sudahpun  masuk  ke dalam industri yang mereka  ceburi. 

Seterusnya mereka perlu membuat pemantauan dan membuat pengubah suaian  strategi dan model perniagaan mereka seiring dengan kemajuan teknologi tersebut. Bermula hari ini, cuba  ‘update’ diri anda dengan maklumat terkini  berkenaan industri  yang anda ceburi dan ubah suai strategi yang sedang dipraktiskan agar ianya selari dendan perkembangan teknologi terkini sesuai dengan saranan pepatah Inggeris yang berbunyi,‘Upskill, adapt, or you will lose out!’

Thursday, 16 March 2017

Laporan kewangan sebagai pengukur prestasi dan kawalan.

Entri: 50
Teks: Usry Abdullah
Image: Google image




Salam sejahtera kepada pengunjung blog Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan.  Sedar tak sedar dah masuk minggu ke tiga kita di bulan Mac. Bulan ketiga untuk tahun 2017. Pastinya  sekarang  ini anda sedang sebok mencari semula  resit –resit dan bil-bil lama untuk  dicatat  dalam buku kira-kira atau journal untung rugi bagi membantu  anda  menyiapkan laporan kewangan bagi suku pertama tahun ini. 
  
Sebagaimana yang dinyatakan dalam entri yang lepas, laporan kewangan adalah salah satu daripada ‘tools’  yang sering diguna oleh kebanyakan syarikat  untuk menilai prestasi perniagaan mereka. Sekiranya laporan kewangan yang dikeluarkan itu menunjukkan adanya peningkatan dalam jualan atau  keuntungan, ini  menunjukkan bahawa prestasi perniagaan yang dijalankan adalah bagus dan  berada di landasan yang betul. Sekiranya laporan kewangan yang ditunjukkan adalah negatif atau kurang memuaskan, ini menunjukkan strategi atau taktik yang dilaksanakan itu tidak berfungsi sebagaimana yang diharapkandan perlu dibuat pembetulan. Oleh itu mereka tidaklah ‘syok sendiri’ dan menyangka apa yang dilakukan selama ini betul. 
 
Terkadang pengurus terlalu ‘obsess’ dengan sesuatu taktik yang dicadangkan sehingga mereka memperuntukkan lebih   tenaga, masa dan mungkin kewangan yang untuk  menggerakkan taktik tersebut sehingga  melupakan taktik-taktik lain yang selama ini telah terbukti  menyumbang kepada kejayaan perniagaan mereka

Contohnya, anda disarankan oleh seorang rakan yang berjaya dalam pemasaran internet supaya membuat banyak posting di Facebook  kerana mengikut maklumat yang diberikan beliau,  dianggarkan hampir 18 juta orang penduduk di Malaysia menggunakan facebook untuk beriteraksi. Lalu anda pun menumpukan aktiviti berinteraksi di laman facebook dan meninggalkan terus aktiviti di medium lain yang anda guna selama ini  seperti blog, instagram dan email. Namun apabila laporan kewangan dikeluarkan, didapati hasilya tidak seperti yang diharapkan atau dijangka. Dengan ini anda boleh mengurangkan taktik membuat promosi melalui facebook dan meneruskan semula aktiviti promosi menggunakan medium ang anda lupakan selama ini iaitu blog, instagram dan email.

Dari perbincangan kali ini dapat disimpulkan bahawa aktiviti membuat pemantauan prestasi atau aktiviti pengawalan adalah salah satu kompunen penting dan perlu dikuasai  oleh setiap usahawan. Salah satu indikator yang biasa diguna oleh pengurus ketika membuat aktiviti pemantauan atau kawalan ialah laporan kewangan. 

Wednesday, 8 March 2017

Laporan kewangan dan prestasi perniagaan

Entri: 49



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan. Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan Mac, bulan ke tiga dalam tahun 2017. Kebiasaannya, pada hujung   bulan ini, kebanyakan syarikat akan mengeluarkan penyata kira-kira bagi suku pertama tahun 2017. Kepada klien, followers dan pelanggan saya, diharap anda juga dapat membuat laporan kewangan untuk tempoh tiga bulan kebelakangan ini. 


Ini adalah untuk  mambantu anda menilai  sama ada apa yang diperolehi sepanjang dua bulan yang lalu menepati target  atau sebaliknya. Sekiranya apa yang diperolehi itu menepati sasaran, bolehlah anda tersenyum dan kekalkan  momentum ini  untuk suku tahun berikutnya, manakala sekiranya apa yang dicapai itu tidak mencapai apa yang anda target, diharap anda bersedia untuk membuat rombakan ke atas strategi dan taktik yang dipakai selama ini.  Sila tukar  taktik yang tidak berkesan itu dan gantikan  dengan  taktik baru.


Mengapa sesebuah perniagaan perlu membuat laporan kewangan setiap tiga atau empat bulan sekali? Tak bolehkah kita  tunggu  sehingga hujung tahun 2017 baru kita buat audit atau periksa laporan kewangan? Jawapannya adalah boleh.  Anda boleh saja menunggu sehingga hujung tahun baru mengira berapa untung rugi yang diperolehi  pada tahun ini. Tapi  tindakan tersebut adalah menyalahi prinsip pengurusan dan strategi.


Semasa di universiti kita selalu meghadapi  peperiksaan pada setiap pertengahan semester dan akhir semster.  Tujuan ujian atau peperiksaan ini diadakan oleh pihak universiti ialah untuk menilai setakat mana penguasaan kita  dalam mata pelajaran yang diambil sepanjang tempoh pengajian itu. Adakah anda benar-benar mahir dalam setiap mata pelajaran  atau sebaliknya. 

Sekiranya markah yang diperolehi semasa peperiksaan pertengahan semester tidak bagus atau setakat cukup makan saja, anda mungkin akan dipanggil oleh pensyarah  dan beliau  akan  menasihati anda supaya berusaha lebih tekun lagi supaya anda lulus peperiksaan pada semester depan. Tanpa adanya peperiksaan pertengahan semester, pensyarah tidak dapat menilai sejauh mana tahap pemahaman anda dalam mata pelajaran yang diajar. Di samping itu anda juga tidak tahu di mana kelemahan anda. Di sinilah pentingnya peperiksaan pertengahan semester.


Begitu juga dengan dunia perniagaan. salah satu indikator  untuk seseorang usahawan  itu menilai sama ada strategi dan taktik yang beliau laksanakan selama ini  berkesan atau pun tidak ialah dengan melihat kepada laporan kewangan.  Sekiranya laporan kewangan yang disediakan itu menunjukkan adanya penambahan dalam pendapatan atau keuntungan ia menandakan strategi yang dilaksanakan beliau sepanjang menjalani peniagaan itu adalah berkesan dan begitu sebaliknya.


Di sinilah pentingnya laporan kewangan diperiksa setiap tiga atau empat bulan sekali.  Jadi, kepada anda yang rasa-rasa belum mencapai target untuk suku pertama tahun 2017 ini, anda masih lagi ada  3 minggu lagi untuk berusaha  sebelum akaun suku pertama ditutup. Jangan cepat mengalah , teruskan berusaha dulu seadanya dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Apabila sudah tiba tarikh 31 Mac 2017, buatlah kunci kira-kira secara ringkas dan teliti berapa hasil jualan dan keuntungan yang diperolehi.  Jika positif, teruskan dengan strategi dan taktik yang sedang anda praktiskan itu dan jika hasinya negatif, sila duduk , renung dan periksa di mana silapnya dan rangka  startegi baru  yang mungkin boleh membantu. 

4 Langkah untuk membantu anda membuat jualan di media sosial

Mengikut laporan  akhbar tempatan, setiap hari semakin ramai individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa ataupu...