Monday, 17 April 2017

5 Langkah bagaiamana menukar strategi



Dari maklumat dan kajian yang dilakukan,  semakin ramai pelabur asing  mula meninggalkan negara kita walaupun jika anda menonton berita yang disiarkan melalui televisyen mengatakan jumlah kemasukan mereka semakin meningkat  sejak kebelakangan ini. 

Ini dibuktikan oleh satu laporan berita yang diterbitkan di dalam akhbar The Star bertarikh 15 April 2017 yang lalu, di mana sebanyak 26.2 billion bon yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia telah  dijual atau ditebus semula oleh pelabur asing sepanjang  bulan Mac 2017 tahun ini. Mereka berbuat demikian kerana ingin mendapatkan tunai dan melaborkan wang tersebut di negara yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi atau mempunyai peluang yang lebih cerah buat mereka.
Situasi  ini sudah pasti bakal memberi kesan kepada  ekonomi negara  pada jangka panjang kerana  apabila kurangnya pelabur asing  melabur di negara kita, ekonomi  negara tidak dapat berkembang dengan baik dan seterusnya bakal menyumbang kepada kemelesetan ekenomi sebagaimana yang pernah kita lalui pada tahun 1998 dan 2008 yang lalu. 
  
Sebagai peniaga kecil, anda sudah pasti akan menerima kesan ini lebih cepat berbanding peniaga besar yang bertaraf korporat kerana pasaran anda adalah kecil dan terhad berbanding pasaran mereka.  Oleh itu anda perlu bersedia dan lebih proaktif. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat  perubahan strategi  perniagan  sebelum keadaan menjadi semakin sukar.  

Dalam entri kali ini, diterangkan langkahyang perlu dikuti ketika anda  ingin membuat perubahan strategi perniagaan agar strategi.

Langkah-langkah yang perlu anda ikuti ialah;

1.   Kenal pasti  persekitaran semasa.
Persekitaran semasa atau  lebih dikenali sebagai ‘environment’ adalah suasana sekitar  di mana perniagaan anda beroperasi.  'Environment' atau persekitaran semasa ini pula boleh dibahagi  kepada dua kategori utama iaitu  persekitaran yang stabil atau makmur dan satu lagi ialah keadaan ressesi atau merudum. 


Sebagai seorang peniaga, anda perlu tahu untuk mengenal pasti kedua-dua ciri 'environment' pasaran yang anda sedang beroperasi sekarang kerana salah satu syarat untuk sesebuah perniagaan itu maju ialah, perniagaan dan strategi yang diguna pakai mesti seiring dengan persekitaran semasa. 

Sekiranya perniagaan itu tidak mengikut persekitaran semasa, perniagaan anda bakal menghadapi masalah. Oleh itu gunakan tools yang telah dipelajari dalam entri-entri terdahulu  bagaimana untuk  membuat analisis persekitaran semasa bagi membantu anda bertindak. 

2.    Set prioriti dan objektif
Langkah seterusnya, apabila anda selesai mengenalpasti situasi atau persekitaran semasa,  anda perlu bertanya pada diri sendiri apa prioriti dan objektif yang ingin dicapai atau ingin diperbaiki. Setiap objektif  atau prioriti yang anda ingin capai itu memerlukan anda bertindak mengikut  startegi yang berbeza. 

Secara amnya dalam situasi kegawatan ekonomi seperti sekarang ini, terdapat dua prioriti atau objektif yang menjadi keutamaan bagi setiap peniaga iaitu,  mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan yang keduanya, meluaskan penguasaan pasaran.  Namun ada ketikanya anda mungkin mempunyai prioriti lain yang ingin dicapai berbanding dua prioriti yang disebutkan tadi.Senaraikan prioriti-prioriti tersebut mengkut keutamaan, iaitu apa yang ingin dicapai dahulu.

3.    Mengkaji semula (reevaluate)  strategi yang sedang anda praktiskan sekarang.
Setelah menetapkan apa prioriti dan objektif yang ingin dicapai, langkah seterusnya ialah   menilai dan mengkaji semula strategi yang sedang dipraktiskan  sekarang ini bagi menilai sama ada strategi yang sedang diamalkan ini mampu atau tidak untuk membuatkan perniagaan anda terus bertahan.
Dalam proses membuat 'reevaluation' ke atas strategi ini, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menyemak prestasi perniagaan anda pada setiap minggu untuk melihat sama ada terdapatnya peningkatan  atau  penurunan dalam jualan atau keuntungan yang diperolehi. 

Sekiranya maklumat yang diperolehi dari laporan kewangan menunjukkan nilai jualan atau keuntungan yang diperolehi tidak memuaskan atau dengan kata lain iainya semakin merosot, langkah menukar strategi adalah perlu anda buat dengan segera sebelum keadaan bertambah teruk. 
4.  Membuat rancangan perbelanjaan 
    Dari aktiviti  menyemak akaun pendapatan syarikat tadi, katakan anda dapati prestasi perniagaan semakin membimbankan dan anda membuat keputusan untuk membuat pertukaran strategi. 

     Langkah seterusnya yang perlu diambil ialah anda perlu membuat rancangan perbelanjaan atau lebih mesra dipanggil dengan istilah 'membuat bajet.' Melalui aktiviti penyediaan bajet ini, anda akan dapat mengira berapa jumlah peruntukan kewangan dan sumber-sumber lain yang diperlukan untuk proses membuat pertukaran strategi.Tanpa mempunyai bajet yang cukup, strategi dan taktik baru yang anda ingin laksanakan itu tidak akan berjaya. 

Terdapat beberapa pilihan strategi yang mungkin boleh anda dipraktiskan ketika menghadapi situasi kemelesetan ekonomi.  Antaranya ialah strategi cantasan, innovasi,  pembezaan, hubungan pelanggan dan strategi pengembangan.  kesemua strategi ini memerlukan sumber kewangan dan bajet yang tertentu.


5.   Melaksanakan pertukaran strategi dengan menggerakkan sumber yang ada.
Setelah mendapat jumlah bajet yang cukup, langkah terakhir yang anda perlu  lakukan ialah membuat pertukaran strategi yang diingini.

Gunakan segala sumber yang ada untuk membuat pertukaran strategi dan melancarkan taktik baru seerapa segera yang mungkin agar perniagaan anda mampu bertahan dengan cabaran semasa.

Sekian untuk kali ini.

Thursday, 13 April 2017

4 faktor kegagalan dalam bisnes




Setiap hari pasti kita temui  atau terbaca berkenaan perniagaan yang terpaksa ditutup. Tambahan pula ketika kegawatan ekonomi seperti sekarang ini. Fenomenna ini adalah biasa berlaku walaupun bukan disebabkan oleh kegawatan ekonomi, cuma kesnya mungkin sedikit berkurangan berbanding sekarang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar pengurusan dan perniagaan  di negara-negara barat, mereka mendapati kebanyakan perniagaan yang baru dibuka oleh kebanyakan  peniaga kecil hanya mampu bertahan paling lama hanya 3 bulan selepas ia beroperasi. Manakala 10% lagi  perniagaan baru mampu bertahan  untuk tempoh 4 atau 5 bulan dan hanya 3% sahaja perniagaan baru yang mampu bertahan  sehingga setahun akan datang  (Harper,2003 dan Magick,2000). 


Dari dapatan tersebut, boleh kita rumuskan seperti ini: Dari 10 orang peniaga yang  membuka perniagaan sendiri, hanya seorang saja usahawan yang mampu bertahan dalam perniagaan yang diusahakan itu sehingga tahun berikutnya. Sembilan orang peniaga lagi, akan menemui kegagalan selepas tiga bulan mereka berbisnes.  Pasti anda juga pernah mengalaminya satu waktu dahulu.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Antaranya ialah disebabkan oleh faktor luaran seperti keadaan ekonomi semasa dan ketegangan sosio-politik. Manakala faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh factor yang disenaraikan di bawah:


1.       Tidak membuat perancangan

Shane (2010) mengegaskan bahawa ramai peniaga yang mengalami  kegagalan  dalam perniagaan mereka  adalah kerana tidak  membuat perancangan sebelum mereka terjun atau terlibat dalam dunia perniagaan. Walaupun mereka sedar bahawa membuat perancangan adalah penting namun mereka lebih suka mengikut intusi atau kata hati sendiri.
Mereka juga  lebih suka bertindak berdasarkan  maklumat dan pengalaman yang diperlehi dari rakan, mentor ataupun  individu sekeliling berbanding  keluar dan meninjau sendiri situasi semasa di kawasan atau lokasi mereka ingin berniaga dan  kemudiannya balik untuk merangka strategi dan model perniagaan dengan lebih sistematik.


2 Mudah terpengaruh dengan trend dan tidak membuat pembezaan .

Majoriti  dari kalangan  usahawan, terutamanya peniaga bumiputera suka meniru dan tidak kreatif.  Mereka lebih gemar untuk  mengambil jalan pintas semasa membuat tindakan dan ini menyebabkan mereka mudah terperangkap  dengan menceburkan diri dalam perniagaan yang bermusim, mengikut trend ataupun tersilap menceburkan diri ke dalam perniagaan yang sudah tepu. 

Contohnya, beberapa tahun dahulu ada trend menjual pisang goreng cheese, apabila bakal usahawan itu mendapati ada peniaga yang memperolehi pendapatan lumayan hasil menjual pisang goreng cheese, maka ramai di kalangan usahawan mula berlumba-lumba membuka perniagaan menjual pisang goreng  cheese sehinggakan  di sepanjang  jalan  atau satu kawasan perumahan terdapat tiga hingga lima gerai yang menjual pisang goreng  chese.

Begitu juga apabila trend meminum  kopi berperisa latte, espresso dan moca sedang rancak tahun lalu. Ramai usahawan mula berebut untuk membuka perniagaan menjual minuman tersebut tanpa membuat kajian terlebih dahulu, terutamanya kajian  kepadatan pasaran sebelum mereka membuka gerai menjual kopi latte atau ekspresso. Hasilnya, tidak  sampai 3 bulan  beroperasi, kesemua gerai yang menjual kopi latte di kawasan itu terpaksa ditutup kerana bilangan peniaga yang menjual  kopi lebih ramai berbanding mereka yang membel kopi.



3.       Kekurangan modal pusingan/ modal kerja

Masalah ini merupakan masalah yang serius dan sering dialami oleh bakal usahawan. Mengikut kajian akademik, untuk membuka sebuah perniagaan yang benar-benar berdaya saing, seseorang usahawan itu perlu mempunyai  sekurang-kurangnya  modal pusingan untuk tempoh enam bulan. Ini adalah kerana sepanjang tempoh tersebut, perniagaan anda belum dikenali oleh penduduk setempat. Oleh itu anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% daripada modal kerja setiap bulan untuk aktiviti promosi dan pengiklanan.

Di samping itu juga, anda perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya untuk empat bulan  bagi membayar sewa, utility, gaji pekerja dan membeli stok sebelum perniagaan anda mencapai titik pulang modal (breakeven) dan  seterusnya menjana keuntungan.



4.       Tidak tahu untuk mempraktiskan strategi dan pemasaran

Kebanyakan peniaga atau usahawan baru mempnyai banyak idea untuk diterjemahkan dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Produk yang mereka hasilkan juga adalah unik dan menepati citarasa pengguna. Namun, walau sebaik mana pun produk yang dihasilkan tetapi tidak disertai dengan aktiviti pemasaran, produk atau perkhidmatan ini akan gagal dijual kepada pengguna.

Fenomenna ini berlaku kerana  kebanyakan peniaga kecil atau usahawan baru ini ialah tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan strategi dan aktiviti pemasaran.  Apabila mereka meminta pendapat atau nasihat daripada rakan atau kenalan, mereka tetap tidak boleh membuat tindakan disebabkan ketiadaan ilmu atau asas strategi dan pemasaran. 
    Di samping itu, mereka juga lebih mementingkan  mementingkan jualan  produk dan  
    taktik semasa     berbanding merangka aktiviti memperkenalkan perniagaan mereka. 
    Lantaran itu mereka sering terperangkap dengan mempelajari taktik kontemporari yang 
   diperkenalkan oleh  individu tertentu atau rakan mereka berbanding mempelajari asas   
    strategi perniagaan dan pemasaran. Akhirnya apabila taktik kentemporari yang 
    dipraktiskan  itu sudah tidak berkesan, jualan dan pendapatan  mereka juga  turut 
    merudum.

Wednesday, 5 April 2017

Bursa Malaysia kembali meriah tapi selamatkah untuk anda memasukinya sekarang?



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kita keluar sedikit dari tajuk yang biasa kita bincang. Kali ini saya terpanggil untuk mengupas berkenaan Prestasi Bursa Malaysia untuk memeberi sedikit gambaran dan panduan kepada pelabor atau mereka yang baru saja berjinak dalam dunia pelaburan saham.

"Akhirnya pelabur asing kembali semula melabur di Malaysia!", begitulah lebih kurang tajuk yang saya baca dalam satu artikel yang ditulis dalam akhbar The Star  yang dibaca semalam

Menurut pengarang yang menulis artikel tersebut , pelabur asing dilaporkan kembali aktif semula membeli saham-saham yang 'terlebih jual'  di Bursa Malaysia  sejak kebelakangan ini. Menurut pengarang artikel itu lagi pada 3 April 2017 yang lalu, sebanyak  RM180 juta  saham telah dibeli oleh dana asing. Satu angka yang boleh dikatakan besar untuk menyokong pendapat beliau.


Di samping itu, Indeks Bursa Malaysia juga  menunjukkan peningkatannya pada setiap minggu. Dalam tempoh tiga ini bulan saja ( Januari sehingga Mac 2017), indeks Bursa Malaysia telah meningkat sebanyak 6% berbanding pada penghujung Desember 2016 yang lalu. Pada  ia cuma mampu berada di paras 1,650 mata tetapi kini ia  sudah mencecah paras paras 1,745 mata. Paras trertinggi yang mampu dicapai dalam tempoh 18 bulan.


Prestasi yang ditunjukkan oleh Bursa Malaysia ini seakan memberi satu  peluang yang mengujakan dan mungkin tidak mampu untuk dilepaskan begitu saja oleh pelabur-pelabur ‘otai’ yang  telah sekian  lama tidak aktif  dan hanya menjadi pemerhati  sahaja sepanjang tempoh dua tahun yang lalu. 

Begitu juga kepada  mereka yang baru ingin belajar dalam dunia pelaburan  saham. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka mempraktiskan ilmu ‘membuat duit’ yang dipelajari dari kelas pelaburan yang mereka sertai  beberapa bulan lalu.

Tapi nanti dulu!

Sebelum anda membuat keputusan untuk memasuki pasaran saham, mungkin beberapa faktor yang bakal disentuh nanti dapat memberi anda sedikit petunjuk  sama ada anda sudah boleh memasuki pasaran atau pun tidak. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah;


1.       Penyertaan pelabur
Jumlah penyertaan pelabur yang memasuki pasaran adalah penting sama ada pasaran itu adalah saham ataupun pasaran matawang. Apabila penyertaan pelabur bertambah, ia akan menyebabkan pasaran  menjadi rancak dengan aktiviti jual beli dan seterusnya menggerakkan harga saham atau matawang, sama ada turun ataupun naik.
 
Dari sorotan kajian dan maklumat yang diperolehi dari syarikat Etica Insuran dan Takaful Bhd, prestasi pasaran tempatan sememangnya ada menunjukkan aliran yang positif semenjak bulan Februari yang lalu dan sekiranya  prestasi ini berterusan, mereka menjangkakan  indeks Bursa Malaysia boleh mencecah sehingga 1,800 mata.  
Namun terdapat satu faktor yang membuat mereka sedikit ‘spetical’ untuk menentukan sama ada prestasi ini berkekalan atau sebaliknya, iaitu apabila melihat dari jumlah penyertaan pelabur dalam pasaran. Menurut mereka, memang adanya berlaku kenaikan dalam indeks pasaran sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar dan televisyen dan jika diperhatikan,  kaunter yang diniagakan juga ada menunjukkan peningkatan harga, di mana dari 925 kaunter yang tersenarai di Bursa malaysia, lebih 78% kaunter telah mencatat kenaikan hampir dua kali ganda.  

Cuma yang menjadi persoalan setakat ini ialah adakah benar pelabur asing ini sudah memasuki pasaran sebagaimana yang dilaporkan itu atau peningkatan indeks Bursa Malaysia ini hanya disebabkan oleh penyertaan dan sokongan dari dana tempatan sahaja? Sekiranya pasaran hanya dimonopoli oleh dana tempatan sahaja, aliran positif ini tidak mungkin mampu untuk bertahan lama dan ia juga boleh juga dianggap sebagai satu perangkap untuk untuk memancing  pelabur runcit yang  berada di luar pasaran supaya kembali memasuki pasaran. 
Begitu juga maklumat yang diperolehi dari kajian yang dilakukan  oleh pihak MIDF research. Menurut penganalisis ini,  volume urusniaga harian di Bursa Malaysia masih lagi rendah dan ianya tidak sepadan dengan nilai kenaikan indeks yang dialami oleh pasaran

Jumlah urusniaga atau 'volume' harian hanya sekitar 2 billion saham sahaja  setiap hari dan nilai ini boleh dikatakan rendah jika dibandingkan dengan nilai kenaikan indeks yang dialami oleh Bursa Malaysia. Di samping itu terdapat juga terdapat juga kaunter  yang langsung tidak diniagakan untuk sepanjang hari. 

Ini menunjukkan bahawa hanya saham-saham terpilih sahaja yang diniagakan atau berlaku urusan jual beli. Dari pemerhatian ini boleh dikatakan bahawa kenaikan harga untuk kaunter- kaunter saham berlaku secara tidak menyeluruh sbagaimana yag sepatutnya berlaku ketika market sedang rancak atau 'bull market'. 

Jadi, berdasarkan kepada indikator  ini, ramai penganalisis yang masih menaruh perasaan curiga terhadap kecairan pasaran saham tempatan walaupun  pergerakan pasaran kelihatan amat menggalakkan.


2.       Kedudukan nilai Ringgit yang masih lemah
Faktor seterusnya yang perlu diberi perhatiansebelum anda membuat keputusan sama ada ingin memasuki pasaran atau pun tidak  ialah berkenaan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding US Dollar. 

Buat masa ini, nilai ringgit kita masih lagi  berada di paras yang terendah jika dibandingkan dengan prestasi Ringgit tahun 2016 yang lalu.  Jika pada tahun 2016, nilai Ringgit berada pada paras RM4.00 atau RM4.20 untuk USD1, namun setakat 4 April 2017, nilai Ringgit ini hanya mampu bergerak di antara RM4.26- RM4.28  untuk USD1. 
Oleh itu, jika dilihat pada keseimbangan kadar tukaran matawang ini, kita boleh andaikan bahawa dana asing 'mungkin' tidak memasuki pasaran dan bersalahan dengan apa yang dilaporkan. Ini adaah  kerana sekiranya pelabur asing mula memasuki pasaran malaysia, mereka pastinya akan menukarkan wang mereka terlebih dahulu ke dalam Ringgit Malaysia sebelum melabur di pasaran saham tempatan. Dengan ini ia seterusnya akan  menyebabkan nilai ringgit meningkat disebabkan permintaan Ringgit meningkat. Namun iapa yang dialami sekarang ini tidak berlaku. Nila ringgit tidak meningkat sebagaimana yang sepatutnya berlaku jika pelabor asing memasuki pasaran secara beramai-ramai. Apa yang diperhatikan sekarang ialah, indeks pasaran saham  temapatan saja yang menunjukkan aliran  positif atau berlakunya peningkatan sedangkan  nilai ringgit masih lagi mengalami penurunan secara berterusan.


3.       ‘Buy on January and sell in May’
Satu lagi indikator yang mungkin perlu diberi perhatian kepada anda yang bercadang untuk memasuki pasaran pada ketika ini ialah satu perumpamaan yang berbunyi, “Sell on May and go away’’ ataupun satu lagi istilah, ‘buy on January and sell on May’.

Kepada mereka yang sudah lama aktif dalam dunia pelaburan saham, pasti merela sudah biasa dengan perumpamaan atau konsep ini.  Keadaan biasa berlaku setiap tahun di semua pasaran saham dunia termasuk pasaran saham Malaysia. Kebiasaannya, pada Bulan Januari  pasaran saham akan naik sehingga penghujung Mac atau April. Apabila tiba bulan May, pasaran akan merudum kembali sehinggalah bulan September dan pertengahan Oktober.

Fenomenna ini terjadi disebabkan oleh aktiviti jualan secara besar-besaran yang dilakukan oleh pengurus dana semasa tempoh pengeluaran pernyata kewangan akhir tahun yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai daam Bursa Malaysia yang biasanya berlaku pada setiap hujung bulan Disember. 

Selepas berlakunya jualan secara besar-besaran pada setiap akhir bulan Desember, kebanyakan pengurus dana  kemudiannya akan membeli semula saham-saham yang murah atauyang terlebih jual pada awal tahun baru atau pada bulan Januari tahun berikutnya.   

Aktiviti membeli saham murah dan yang terlebih jual ini biasanya akan berterusan sehingga tibanya tarikh untuk pihak syarikat mengeluarkan laporan kewangan bagi  suku pertama yang biasanya akan berlaku pada penghujung bulan Mac atau  April. Apabila pemegang dana ini mendapati ilai keuntungan saham sudah mencapai tahap tertentu, mereka kemudiannya akan  menjual semula saham-saham yang dibeli sepanjang bulan Januari lalu  untuk  mendapatkan tunai. Kebiasaannya aktiviti jualan secara besar-besaran  ini  dilakukan pada bulan Mei.
Walaupun kadang-kadang fenomenna ini tidak berlaku, tetapi kemungkinan besar untuk fenomenna ini berlaku adalah tinggi pada setiap tahun. Oleh itu anda perlu juga memberi perhatian akan fenomenna ini semasa anda membuat keputusan sama ada ingin.

Sebagai penutup, pasaran saham negara kita dikatakan sudah menunjukkan perkembangan positif setelah dua tahun ia mencatatkan prestasi muram sehingga pernah dilabel sebagai pasaran saham terburuk prestasinya di Asia pada tahun 2016. 

Namun keadaan nampaknya sedikit berubah pada tahun 2017 ini. Walaupun begitu, masih ramai pelabur yang masih tertanya-tanya adakah prestasi Bursa Malaysia benar-benar sudah pulih dan selamat untuk dimasuki  atau ianya hanya sebagai satu perangkap untuk menarik mereka kembali semula melabur.  Dengan mengkaji tiga faktor yang dibincangkan tadi, ia akan dapat memberi anda sedikit idea untuk membuat keputusan dengan lebih tepat sama ada ianya selamat atau tidak untuk anda memasuki pasaran. 

Sekian untuk kali ini.

Cabaran Ekonomi Negara untuk Suku Kedua 2017 dan Kesannya Kepada Peniaga kecil.

Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang jangkaan ekonomi negara bagi suku kedua tahun 2017 (Julai- Desember ...