Thursday, 13 April 2017

4 faktor kegagalan dalam bisnes




Setiap hari pasti kita temui  atau terbaca berkenaan perniagaan yang terpaksa ditutup. Tambahan pula ketika kegawatan ekonomi seperti sekarang ini. Fenomenna ini adalah biasa berlaku walaupun bukan disebabkan oleh kegawatan ekonomi, cuma kesnya mungkin sedikit berkurangan berbanding sekarang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar pengurusan dan perniagaan  di negara-negara barat, mereka mendapati kebanyakan perniagaan yang baru dibuka oleh kebanyakan  peniaga kecil hanya mampu bertahan paling lama hanya 3 bulan selepas ia beroperasi. Manakala 10% lagi  perniagaan baru mampu bertahan  untuk tempoh 4 atau 5 bulan dan hanya 3% sahaja perniagaan baru yang mampu bertahan  sehingga setahun akan datang  (Harper,2003 dan Magick,2000). 


Dari dapatan tersebut, boleh kita rumuskan seperti ini: Dari 10 orang peniaga yang  membuka perniagaan sendiri, hanya seorang saja usahawan yang mampu bertahan dalam perniagaan yang diusahakan itu sehingga tahun berikutnya. Sembilan orang peniaga lagi, akan menemui kegagalan selepas tiga bulan mereka berbisnes.  Pasti anda juga pernah mengalaminya satu waktu dahulu.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini. Antaranya ialah disebabkan oleh faktor luaran seperti keadaan ekonomi semasa dan ketegangan sosio-politik. Manakala faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh factor yang disenaraikan di bawah:


1.       Tidak membuat perancangan

Shane (2010) mengegaskan bahawa ramai peniaga yang mengalami  kegagalan  dalam perniagaan mereka  adalah kerana tidak  membuat perancangan sebelum mereka terjun atau terlibat dalam dunia perniagaan. Walaupun mereka sedar bahawa membuat perancangan adalah penting namun mereka lebih suka mengikut intusi atau kata hati sendiri.
Mereka juga  lebih suka bertindak berdasarkan  maklumat dan pengalaman yang diperlehi dari rakan, mentor ataupun  individu sekeliling berbanding  keluar dan meninjau sendiri situasi semasa di kawasan atau lokasi mereka ingin berniaga dan  kemudiannya balik untuk merangka strategi dan model perniagaan dengan lebih sistematik.


2 Mudah terpengaruh dengan trend dan tidak membuat pembezaan .

Majoriti  dari kalangan  usahawan, terutamanya peniaga bumiputera suka meniru dan tidak kreatif.  Mereka lebih gemar untuk  mengambil jalan pintas semasa membuat tindakan dan ini menyebabkan mereka mudah terperangkap  dengan menceburkan diri dalam perniagaan yang bermusim, mengikut trend ataupun tersilap menceburkan diri ke dalam perniagaan yang sudah tepu. 

Contohnya, beberapa tahun dahulu ada trend menjual pisang goreng cheese, apabila bakal usahawan itu mendapati ada peniaga yang memperolehi pendapatan lumayan hasil menjual pisang goreng cheese, maka ramai di kalangan usahawan mula berlumba-lumba membuka perniagaan menjual pisang goreng  cheese sehinggakan  di sepanjang  jalan  atau satu kawasan perumahan terdapat tiga hingga lima gerai yang menjual pisang goreng  chese.

Begitu juga apabila trend meminum  kopi berperisa latte, espresso dan moca sedang rancak tahun lalu. Ramai usahawan mula berebut untuk membuka perniagaan menjual minuman tersebut tanpa membuat kajian terlebih dahulu, terutamanya kajian  kepadatan pasaran sebelum mereka membuka gerai menjual kopi latte atau ekspresso. Hasilnya, tidak  sampai 3 bulan  beroperasi, kesemua gerai yang menjual kopi latte di kawasan itu terpaksa ditutup kerana bilangan peniaga yang menjual  kopi lebih ramai berbanding mereka yang membel kopi.



3.       Kekurangan modal pusingan/ modal kerja

Masalah ini merupakan masalah yang serius dan sering dialami oleh bakal usahawan. Mengikut kajian akademik, untuk membuka sebuah perniagaan yang benar-benar berdaya saing, seseorang usahawan itu perlu mempunyai  sekurang-kurangnya  modal pusingan untuk tempoh enam bulan. Ini adalah kerana sepanjang tempoh tersebut, perniagaan anda belum dikenali oleh penduduk setempat. Oleh itu anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% daripada modal kerja setiap bulan untuk aktiviti promosi dan pengiklanan.

Di samping itu juga, anda perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya untuk empat bulan  bagi membayar sewa, utility, gaji pekerja dan membeli stok sebelum perniagaan anda mencapai titik pulang modal (breakeven) dan  seterusnya menjana keuntungan.



4.       Tidak tahu untuk mempraktiskan strategi dan pemasaran

Kebanyakan peniaga atau usahawan baru mempnyai banyak idea untuk diterjemahkan dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Produk yang mereka hasilkan juga adalah unik dan menepati citarasa pengguna. Namun, walau sebaik mana pun produk yang dihasilkan tetapi tidak disertai dengan aktiviti pemasaran, produk atau perkhidmatan ini akan gagal dijual kepada pengguna.

Fenomenna ini berlaku kerana  kebanyakan peniaga kecil atau usahawan baru ini ialah tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan strategi dan aktiviti pemasaran.  Apabila mereka meminta pendapat atau nasihat daripada rakan atau kenalan, mereka tetap tidak boleh membuat tindakan disebabkan ketiadaan ilmu atau asas strategi dan pemasaran. 
    Di samping itu, mereka juga lebih mementingkan  mementingkan jualan  produk dan  
    taktik semasa     berbanding merangka aktiviti memperkenalkan perniagaan mereka. 
    Lantaran itu mereka sering terperangkap dengan mempelajari taktik kontemporari yang 
   diperkenalkan oleh  individu tertentu atau rakan mereka berbanding mempelajari asas   
    strategi perniagaan dan pemasaran. Akhirnya apabila taktik kentemporari yang 
    dipraktiskan  itu sudah tidak berkesan, jualan dan pendapatan  mereka juga  turut 
    merudum.

No comments:

Post a Comment

4 Langkah untuk membantu anda membuat jualan di media sosial

Mengikut laporan  akhbar tempatan, setiap hari semakin ramai individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa ataupu...