Sunday, 2 April 2017

Tiga Langkah menambah pendapatan keluarga



Bertemu kembali kita dalam blog Strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan.

Hari ini hari kedua dalam bulan April 2017 dan apa yang menarik perjatian saya ialah berkenaan tajuk berita dalam akhbar The Star yang  melaporkan bahawa harga beberapa bahan keperluan asas seperti ayam dan sayuran hijau bakal  naik  lagi. Berita ini pasti  memberi lagi tekanan kepada pengguna yang sudah sedia tertekan.  


Bagi mereka yag bergaji besar atau mempunyai pasangan hidup yang bekerja, mungkin kesan kenaikan ini tidak la terasa sangat , tetapi bagaimana jika sebuah keluarga tersebut tidak mempunyai  pasangan yang bekerja? Maksudnya hanya si suami saja yang bekerja, sedangkan isteri hanya suri rumah sepenuh masa. 


Tentu ramai yang terfikir untuk berjimat tapi tidak kah anda terfikir macam mana lagi untuk anda berjimat? Sebelum ini pun suami dah bawa bekal setiap kali beliau ke tempat kerja, anak-anak yang  ke sekolah pun sama. Makan di rumah sebelum ke sekolah dan turut membawa bekal untuk menjimatkan duit belanja. Aktiviti makan di luar pun hanya sebulan sekali saja, iaitu ketika suami baru dapat gaji. Hari-hari lain, masak saja di rumah.  Bercucuk tanam? Pun sudah dilakukan di tepi  dan depan rumah. Bagi mereka yang tinggal di rumah Flat atau apartment, ruang di koridor sudah  penuh disusun pasu dan bekas untuk tujuan menanam sayur.   


Hanya satu lagi langkah yang boleh dilaksanakan  oleh anda iaitu menambah pendapatan. Tip  yang diberikan di bawah ini merupakan idea untuk mereka  yang sedang berfikir mahu buat apa bagi tambah pendapatan. 


1    Berniaga.

Banyak perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dari rumah.  Pilihah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar seperti  menjadi agen atau ahli  kepada syarikat jualan langsung (MLM)  atau anda boleh  menjadi dropship kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan produk.  Pilihlah syarikat yang dipercayai dan produknya senang untuk dijual.



Anda juga boleh mengeluarkan produk sendiri sekiranya anda seorang yang kreatif. Mungkin menghasilkan barangan kraftangan atau pakaian boleh dijadikan tapak untuk anda bermula. Yang penting ialah produk anda itu menepati cita rasa dan mempunyai kelainan dari produk yang sedia ada di pasaran.  Rajin-rajinlah membaca majalah atau melayari laman web tertentu untuk melihat produk yang sudah ada dalam pasaran, dan fikir serta cari apa produk yang masih belum ‘meletup’.  Lakukan sedikit innovasi ke atas produk yang anda rasakan menarik  dan mulalah menjual kepada kenalan atau jiran terdekat.



2.    Menawarkan perkhidmatan .

Tidak dinafikan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan tersediri.  Ada yang mempunyai ‘sentuhan penyembuh’ dan ada orang yang mempunyai kemahiran bertukang.  Bagi mereka ini, gunakan kebolehan yang dikurnaiakn itu untuk menambah pendapatan.  Bagi anda yang boleh mengurut  misalnya, jangan segan untuk menawarkan perkhidmatan urutan selepas bersalin atau penjagaan orang bersalin yang sesuai degan kemahiran anda.  Anda tidak perlu membuat pendaftaran dengan SSM atau menyewa sebuah rumah kedai untuk perkhidmatan  ini. Cukuplah hanya lakukan di rumah atau pergi ke rumah pelanggan jika perkhidmatan anda diperlukan.  

Manakala bagi anda yang suka kepada kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan anak atau ‘day care’ secara sambilan juga boleh difikirkan. Janganlah segan untuk menawarkan perkhidmatan anda kepada jiran atau saudara mara terdekat.



3    Menjadi penulis

Langkah yang paling mudah tetapi memakan masa ialah dengan menjadi penulis blog. Berblog seakan menjadi satu trend di kalangan masyarakat hari ini sebagai sumber pendapatan sampingan.  Mungkin ramai di kalangan anda yang malu untuk menulis. Saya sendiri pun sama. Sebelum memulakan langkah menjadi penulis blog, saya amat malu. Malu untuk memberitahu  rakan-rakan dan sahabat yang saya ada blog. Tetapi selepas saya ‘stalker’ blog beberapa blogger lain, saya mendapat semangat untuk berblog. Bermula dari situlah saya menulis dan membina followers.


Tulislah apa-apa saja artikel yang berkaitan dengan kemahiran atau bidang yang anda minati. Jika info yang anda berikan itu adalah menarik, ramai pembaca di luar sana yang akan mengunjungi dan membaca blog anda setiap hari. Apabila sudah ramai pengunjung yang mengunjugi blog anda, di sinilah anda boleh menukarkan mereka menjadi pelanggan anda. 
Peluang inilah yang selalu digunakan oleh kebanyakan blogger. Mereka mengambil peluang ini untuk menjual produk tertentu kepada pengunjung (followers) yang membaca posting di blog mereka. Anda boleh menjual ada produk sendiri ataupun produk syarikat lain di blog anda.  Jika nama anda sudah dikenali ramai, pasti ada syarikat atau orang perseorangan yang akan menghubungi anda untuk menumpang memasang iklan produk atau perkhidmatan mereka di blog anda. Di sini juga anda boleh mendapat sumber kewangan. Untuk makluman, ramai blogger profesional dan amatur yang menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan hasil berblog. Jadi mengapa tidak anda!


Sekian untuk kali ini. Terdapat banyak lagi langkah lain yang boleh diambil oleh anda sebagai suru rumah untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga bagi menghadapi kenaikan kos hidup. Apa yang pentig ialah, berani mencuba bukannya dengan hanya merungut. Kita kena proaktif bukannya reaktif kerana mengikut Miles and Snow, syarikat yang mengamalkan strategi proaktif lebih cemerlang berbanding syarikat yang menamalkan strategi reaktif.

No comments:

Post a Comment

4 Langkah untuk membantu anda membuat jualan di media sosial

Mengikut laporan  akhbar tempatan, setiap hari semakin ramai individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa ataupu...