Tuesday 29 August 2017

Lagi 5 Kesilapan yang dilakukan oleh peniaga online



Menjalankan perniagaan secara online amat mengujakan dan konsep perniagaan ini semakin mendapat tempat di kalangan peniaga.

Dengan menjalankan perniagaan secara online, anda hanya perlu menghabiskan masa beberapa jam saja dalam sehari di hadapan komputer atau pun menggunakan telefon pintar untuk membuat posting dan  promosi bagi menarik pelanggan mengunjugi laman web, ‘wall facebook’ atau ‘page’  anda. 


Mengikut laporan akhbar, seramai lebih 50,000 peniaga online telah mendaftar denggan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sepanjang bulan Mei 2017 yang lalu (Sinar Harian, 17 Mei 2017).  Satu angka yang amat membanggakan. Namun dari jumlah 50,000 peniaga yang menjalankan perniagaan secara online ini, hanya segelintir saja yang berjaya. Walaupun sudah banyak masa  anda habiskan di laman sosial untuk membuat promosi, anda tidak dapat membuat jualan.  


Mengapa ini berlaku?

Jika dalam posting sebelum ini saya ada kongsi 5 kesilapan yang dilakukan oleh peniaga online, kini kita tambah lagi 5 kesilapan kecil yang anda mungkin tidak sedari tetapi anda tetap melakukannya hari demi hari. 



1.       Hanya menumpukan kepada satu medium sahaja

Untuk menjalankan pernigaan secara online, terdapat beberapa medium yang boleh anda gunakan untuk membuat promosi. Medium-medium tersebut ialah email, Facebook, Instagram,  likedln dan blog. Kesemua medium ini mempunyai pengaruh dan fungsi yang berbeza. 


Namun begitu walaupun mereka menyedari bahawa medium-medium ini mampu untuk membantu mereka membuat promosi tetapi ramai yang hanya menumpukan kepada satu medium sahaja. 

Mislanya, disebabkan mereka mempunyai ramai kawan atau sahabat yang menggunakan Facebook, maka mereka akan menumpukan aktiviti membuat promosi hanya melalui medium facebook sahaja sebagai medium memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan.


Mengikut kajian,walaupun pengguna facebook di Malaysia mencecah18 juta pengguna  setiap hari, namun peluang untuk posting anda dilihat oleh prospek adalah rendah kerana anda terpaksa bersaing dengan posting yang dilakukan oleh individu lain yang turut sama membuat promosi di laman facebook itu.  

Oleh itu  anda perlu mempelbagaikan medium lain seperti email ataupun blog bagi membantu anda membuat promosi dan jualan.



2.       Tidak mempelbagaikan taktik

Ada juga sesetengah dari peniaga online ini yang hanya menumpukan kepada satu taktik yang tertentu sahaja walaupun sewaktu mereka mula menjalankan perniagaan secara online dulu mereka ada mempelajari beberapa taktik untuk menarik pengunjung mengunjugi laman web atau ‘wall facebook’ mereka. Tetapi apabila mereka dapati hanya satu  taktik sahaja yang berkesan, maka mereka membuat keputusan untuk mempraktiskan taktik tersebut untuk selamanya dan melupakan taktik-taktik  yang lain.


Misalnya, jika mereka mendapati bahawa taktik ‘geng like’ banyak membantu mereka bagi mendapatkan jualan, lalu mereka hanya menumpukan kepada taktik ini sahaja untuk berbulan-bulan tanpa mencuba taktik lain. Mereka tidak mahu mencuba taktik media social yang lain.


3.       Menghabiskan terlalu banyak masa di laman sosial

Ramai juga di kalangan peniaga online ini yang terperangkap di laman sosial dengan menghabiskan terlalu banyak masa melayan rakan atau kenalan mereka sama ada Facebook atau instagram tanpa mendapat apa-apa jualan. 

Mereka terleka dengan aktiviti memberi ‘like’ kepada psoting yang dibuat oleh rakan, membalas komen atau membuat posting. Malah ada yang menghabiskan masa berjam-jam lamanya di media sosial tetapi hasil yang diperolehi adalah mendukacitakan.

Salah satu dari sebabnya ialah kerana mereka bersosial  dengan individu yang bukan termasuk dalam target market atau ‘audience’ mereka. Dengan ini mereka hanya berjaya mengumpul banyak 'like' sahaja tanpa mendapat sebarang jualan.

4.       Tidak ada ‘conversion funnel’ dan  CTA ( Call to Action)

Apa itu call to action?
Secara ringkasnya ia boleh dikatakan sebagai satu seruan supaya prospek yang membaca posting atau tulisan anda berbuat sesuatu. Mungkin seruan supaya mereka kongsi posting anda atau mencuba produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. 
Tanpa adanya panggilan supaya prospek membuat apa-apa tindakan atau ‘call to action’ ini, anda tidak dapat menukarkan prospek itu menjadi pelanggan.  Di samping itu juga posting anda akan terbiar di situ tanpa sebarang perubahan. 
Namun ramai  peniaga online yang membuat aktiviti promosi tanpa diakhiri dengan panggilan ‘ call to action’.  Mereka seakan terikat dengan prinsip yang menyarankan supaya membuat posting -posting yang hanya memberi maklumat semata-mata tanpa adanya unsur jualan atau ‘call to action’.  Kesannya,  posting mereka mendapat banyak ‘like’ tetapi sedikit dari sudut ‘conversion’ atau jualan.
Adalah menjadi lumrah bagi  setiap individu supaya mereka diminta terlebih dahulu untuk mencuba apa yang kita tawarkan barulah mereka akan berbuat demikian. Oleh itu,sekiranya anda tidak  mengarahkan prospek yang membaca iklan atau posting anda dengan membuat panggilan ‘CTA’ ini, prospek  itu hanya akan membaca sahaja posting anda  dan seterusnya berpindah ke posting yang lain pula tanpa berbuat apa-apa tindakan.


5.       Gagal membuat pelan perniagaan.

Pakar pengurusan ada mengatakan, ‘Tiada pelan, maka tiadalah perniagaan!’
Dengan mempunyai pelan anda akan tahu apa tindakan yang sepatutnya anda lakukan bagi memastikan perniagaan anda berbeza dengan peniaga-peniaga lain yang turut menjalankan perniagaan di laman social tersebut.  

Walaupun anda mungkin hanya menjual satu produk saja di laman sosial,namun itu tidak beerti anda tidak memerlukan sebuah pelan perniagaan. Di samping membantu anda untuk bertindak dengan betul, ia juga dapat mengelakkan anda dari  menghabiskan masa berjam-jam lamanya di laman sosial tanpa sebarang jualan. 
Ada pula sesetengah individu yang menjalankan perniagaan online ini hanya meniru saja taktik peniaga lain tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada taktik tersebut sesuai atau tidak dengan perniagaan mereka. Namun disebabkan tidak tahu atau mungkin juga ‘malas’ untuk membuat pelan, mereka tetap juga mempraktiskan taktik  tersebut walupun ianya tidak sesuai dengan perniagaan mereka.


9 comments:

Unknown said...

kadangkala terlalu banyak medium boleh mengagalkan juga kita untuk berjaya.
Fokus pada satu medium dan perlahan-lahan beralih arah

Zaleha said...

Fokus kepada sesuatu medium utk permulaan tu bagus, namun jika dah boleh & mahir, boleh cuba variasikan medium pemasaran.


Jemput baca kisah & perkongsian testimoni kecutkan cyst tanpa pembedahan yang dialami ibu hamil ini

cipan said...

Salam. Tuan, Boleh cadangkan syarikat perjalanan buku yg boleh cetak sedikit tetapi murah

usryabdullah said...

Ya.. Seeloknya fokus pada satu medium dulu tapi bila dah okey sikit kena pelbagaikan. Contoh, saya fokus pada blog dan Fb saja. Dulu ada 3 medium, tapi tak mampu nak mantain sebab saya masih berkhidmat. So saya tumpu pada dua medium, iaitu blog dan Fb

Azizan othman, fokus pada page dan email
Irfan Khairi, beliau fokus pada page dan blog

usryabdullah said...

Setuju dengan pendapat puan.
Jika perlu bergerak, secara off line pun boleh bergerak. Sebab ada juga sesetengah prospek yang suka jumpa penjual secara berdepan dari membeli melalui internet.

usryabdullah said...

Buku pertama saya ' Jom Bisnes' saya menggunakan khidmat Percetakan Nasional. Harga kira okey, tapi mereka cumacetak saja. Lay out, editing dan lain-lain kena buat sendiri.
Harga mengikut kuantiti. Lagi banyak ita cetak, lagi murah harganya.

arzmoha said...

info yang menarik...sesuai untuk peniaga online

Azhafizah MN said...

perlukan perancangan yang teliti untuk jalankan sesuatu bisnes.

dagangku said...

Harga paket dokumentasi perusahaan

jasa liputan seminar perusahaan

Jasa Foto video Ulang tahun Pernikahan

Fotografer video shooting sunatan

sewa fotografer prewedding tmii

jasa desain grafis spanduk murah

gallery video wedding cinematic

harga paket pernikahan rumahan

video shooting pernikahan bekasi

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...