Saturday 3 February 2018

Persekitaran Perniagaan







Kita tidak tahu sama ada negara ini sedang menghadapi krisis ekonomi atau pun sebaliknya. Ada yang mengatakan negara sedang mengalami krisis dan ada yang kata kita dalam keadaan stabil.
Jika anda mengunjungi kedai kopi, restoran atau kedai mamak dan rajin membelek surat khabar yang disediakan di kedai tersebut sementara menunggu menu yang anda pesan itu siap, anda  pasti  terjumpa dengan berita-berita baik yang dilaporkan berkenaan ekonomi negara seperti  'KDNK negara dijangka berkembang’, ‘KDNK negara tahun 2018 dijangka stabil’  ‘ Bank Dunia jangka KDNK Malaysia mampu mencatat pertumbuhan’   dan macam-macam  lagi. 

Tetapi pada masa yang sama   dari pemerhatian  mata kasar anda dapati semakin banyak kedai dan perniagaan yang terpaksa ditutup, banyak rumah-rumah yang dibina  tidak terjual, dan semakin ramai peniaga  yang mengeluh kerana tidak dapat mencapai target jualan.  Malah  jika anda membuka portal berita atas talian, dua hari lepas  satu laman berita  melaporkan bahawa sebuah lagi pasaraya besar terpaksa ditutup, iaitu Parkson Maju Junction, di Kuala Lumpur. 

Keadaan yang sedang kita alami ini boleh dikatakan atau dikategorikan sebagai ketidak tentuan pasaran. Situasi ini amat tidak digemari oleh peniaga kerana ia membantutkan perancangan anda . Jika tersilap membuat percaturan, perniagaan yang diusahakan itu akan menemui kegagalan.

Jadi, apakah langkah yang bakal anda ambil?  Menutup saja perniagaan yang sedang diusahakan itu atau meneruskannya seperti biasa?  Jika anda ingin menutup perniagaan yang sedang diusahakan ini apa fakta  yang menyokong tindakan anda menutup  perniagaan tersebut dan jika anda ingin meneruskan perniagaan seperti biasa, apa indikator yang meyebabkan anda masih ingin bertahan?

Untuk membantu anda membuat keputusan tersebut dengan lebih tepat, anda perlu kepada satu kemahiran, iaitu kemahiran membuat analisis persekitaran semasa. 

Ini adalah kerana semua jenis perniagaan tak kira  sama ada anda mengusaha kilang membuat kasut, seorang peniaga ikan sungai di pasar tani ataupun anda hanya membuka sebuah gerai menjual buah di tepi jalan.  Kesemua entiti perniagaan  itu perlu berinteraksi dengan persekitaran semasa atau dikenali sebagai persekitaran perniagaan. 


Persekitaran perniagaan ialah himpunan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan atau kemajuan sesebuah perniagaan. 

Oleh itu kejayaan atau kegagalan perniagaan  yang anda usahakan bergantung kepada keupayaan bagaimana anda mengadaptasikan perniagaan anda kepada faktor-faktor tersebut.  

 Apakah faktor-faktor itu?  Nanti kita akan bincangkan kemudian.  
Sebelum itu saya ingin anda fahami satu lagi konsep,  iaitu strategi. 

Sebagaimana yang kita ketahui untuk bersaing dengan peniaga lain yang turut sama beroperasi di kawasan anda beroperasi. Misalnya anda meniaga secara online di facebook dan untuk bersaing dengan peniaga lain yang turut sama berniaga di facebook anda perlu mempunyai strategi.   

Definisi strategi secara ringkas ialah satu cara bagaimana anda ingin mencapai  objektif yang anda tetapkan dengan mengambil kira kepada peluang dan ancaman yang terdapat dalam keadaan semasa.

Walaupun strategi yang anda pelajari  itu diformulasikan oleh seorang yang bergelar pakar dan  menurut beliau strategi yang beliau rangka itu telah banyak kali terbukti membantu beratus peniaga sehingga berjaya, tetapi sekiranya anda  tidak tahu bagaimana untuk menyesuaikan strategi yang dipelajari itu dengan keadaan atau persekitaran semasa, strategi itu tidak akan memberi apa-apa hasil. Malah anda hanya membazirkan masa dan wang saja mempelajari dan mempraktiskan strategi tersebut.  

Oleh itu, disamping anda belajar tentang strategi dan taktik, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya anda juga perlu mahir  dalam aktiviti memantau persekitaran semasa.  

Banyak kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan sesuatu strategi itu bergantung kepada bagaimana seseorang usahawan itu memilih jenis strategi dan menyesuaikan strategi yang dipilih itu dengan situasi semasa. 

General perang di zaman dinasti Song, Sun Tzu pernah mengariskan bahawa keberkesanan sesebuah strategi adalah bergantung kepada kebolehan seseorang general itu menyesuaikannya dengan persekitaran medan pertempuran seperti yang dinyatakan di bawah,

‘‘Having paid attention to the advantages of my stratagem, the commander must pretend to create a helpful situation over and beyond the ordinary rules.’’ 

Maksud ‘situation’  dalam pernyataan tersebut  ialah ‘persekitaran semasa’.   Di mana Genaral Sun Tzu meminta supaya setiap penglima perang perlu bijak menilai keadaan semasa dan bertindak seiring dengan keadaan semasa.




No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...