Seminar Strategi Peniaga Minoriti (Strategi Combat)

Dewasa ini, keadaan persekitaran  perniagaan adalah  bersifat dinamik  dan sukar untuk diramal. Ia adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu,  perubahan demografi dan perkembangan teknologi. Perubahan yang ketara  ini telah mempengaruhi kuasa beli  pengguna dan menyebabkan berlakunya evolusi kepada paten perbelanjaan mereka.

 

Masalah  ini  diburukkan lagi dengan kejatuhan nilai matawang negara dan kemasukan syarikat-syarikat multinasional yang memiliki modal kerja yang besar serta megamalkan model perniagaan yang moden, yang mampu menarik ribuan pelanggan mengunjungi gedung jualan mereka saban hari atau setiap kali mereka mengadakan promosi jualan.

 

Situasi ini telah menyebabkan  ramai peniaga yang masih mengamalkan konsep tradisional dalam urusan seharian terpaksa mengundurkan diri dari dunia perniagaan kerana tidak berupaya untuk menyesuaikan perniagaan mereka dengan perkembangan semasa.

Manakala bagi mereka yang masih bertahan pula,  terpaksa  mengkaji semula kedudukan dan strategi yang  sekian lama dipraktiskan. Malah ada yang cuba manambah platform perniagaan mereka termasuk menjalankan perniagaan secara atas talian atau pun mempelajari taktik-taktik kontemporari yang lain.  Kesemua ini adalah untuk memastikan perniagaan yang sedang diusahakan itu mampu bertahan. 

 

Malangnya, apa yang diharapkan itu juga tidak kesampaian. Malah semakin hari semakin ramai  yang tidak berjaya mencapai objektif  sebagaimana  yang dirancang. Kesannya, semakin bertambah bilangan  peniaga yang terpaksa mengikut langkah yang diambil oleh rakan-rakan mereka sebelum ini, iaitu menutup perniagaan  dan  beralih ke sektor lain yang lebih stabil dan menjanjikan pulangan lumayan. Manakala mereka yang tidak mempunyai jalan keluar pula terpaksa juga meneruskan perniagaan yang diusahakan itu walaupun keadaan yang ditempuhi menjadi  semakin sukar. 

 

Fenomena ini amat membimbangkan dan  ramai penganalisis  menjangkakan bahawa jangka hayat kumpulan peniaga minoriti yang tinggal ini juga tidak mampu untuk bertahan lama. Lambat laung mereka juga akan memasuki senarai rakan-rakan mereka yang telah kecundang. 

 

Namun, golongan ini telah membuktikan sebaliknya. Walaupun saban hari perniagaan mereka menghadapi cabaran, tetapi perniagaan mereka tetap utuh.  Malah mereka masih mampu  mencatat keuntungan dan mengekalkan penguasaan pasaran.  

 

Walaupun mereka menghadapi masalah kekurangan dari segi modal kerja, namun strategi dan taktik mereka amat unik.  Golongan peniaga  ini dikenali sebagai 'Usahawan Gerila'. Strategi mereka telah membuka mata ramai pakar pengurusan serta  individu di luar sana untuk mengkaji dan mempraktiskannya  di dalam perniagaan yang mereka usahakan. 

 ***************************************************

Adakah perniagaan anda juga sedang menghadapi situasi yang sama seperti golongan peniaga yang diceritakan di atas dan anda ingin mempelajari strategi peniaga minoriti ini untuk dipraktiskan di dalam perniagaan anda? 

Atau

Anda baru bercadang atau berkira-kira untuk membuka perniagaan sendiri tetapi tidak tahu apa strategi yang sesuai  untuk diamalkan ketika  perubahan trend pengguna yang sukar diramal dan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu seperti sekarang?

 Jika jawapan anda adalah 'Ya!'

 

Temui saya di seminar yang bakal dianjurkan seperti  jadual di bawah.

________________________________________________________________________

  Tarikh                      Tempat                                                                             Masa

18/9/2016          Hotel Sri Malaysia, Ipoh                                                 8.30am- 11am

                           (tarikh tutup pendaftaran: 10/9/2016) 

23/10/2016        Hotel Sri Malaysia Kepala Batas,Penang.                    8.30am-11am

                          (tarikh tutup pendaftaran: 15/10/2016)

6/11/2016          Hotel Sri Malaysia Air keroh, Melaka                             8.30am-11am

                           (tarikh tutup pendaftaran: 30/10/2016)

20/12/2016        Hotel Sri Malaysia Kuantan.                                            8.30am-11am

                            (tarikh tutup pendafratan: 11/12/2016)

________________________________________________________________________

Yuran penyertaan:   RM120 sahaja (termasuk refreshment)

 

Penyertaan sengaja dihadkan kepada 50 orang peserta sahaja walaupun dewan seminar ini boleh memuatkan sehingga seratus peserta dalam satu-satu masa. Ini adalah untuk memberi keselesaan dan memudahkan anda memahami apa yang dibincangkan nanti


Apa yang bakal anda pelajari dalam seminar ini?

#  Cabaran dunia perniagaan dan konsep peniaga minoriti.

# Strategi dan taktik peniaga minoriti (strategi combat).

Taktik pemasaran yang tepat untuk  meningkatkan jualan dan menjimatkan kos pengiklanan.

# Rahsia  memulakan sesuatu  pekerjaan supaya ianya berhasil. Amalan  tradisional yang semakin dilupakan tetapi mampu memberi kejayaan dalam setiap tindakan yang bakal dilakukan.

 

  Sertai Sekarang!

 

Siapa yang patut hadir seminar ini?

* Peniaga Baru

* Peniaga pertengahan yang masih 'blured' tentang dunia bisnes dan ingin meningkatkan              jualan.

* Bakal usahawan

* Suri Rumah 

* Lepasan universiti atau sesiapa saja yang berminat untuk menjadi usahawan.

 

 Bagaimana untuk mendaftar?

1)  Lakukan pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM120 ke dalam akaun May Bank atau        RHB Bank sama ada melalui 'Cash deposit Machine' atau melalui kaedah 'transfer online'.

 

Bank                            Nombor Akaun                             Nama pemilik

Maybank:                  162106401523                               Usry Bin Abdullah

RHB                           1-58020-0011764-0                      Usry Bin Abdullah

 

2) Untuk pengesahan pembayaran, anda perlu uploadkan 'resit pembayaran'  ke  email :             usrynorie@gmail.com.
Beserta nama anda, nombor  telefon bimbit, tarikh dan tempat seminar yang anda ingin sertai.
 atau  

anda boleh juga whatsappkan resit pembayaran ke nombor telefon: 0165120479  
beserta nama anda, nombor  telefon bimbit, tarikh dan tempat seminar yang anda ingin sertai.

** Pihak kami akan membuat pengesahan sebaik saja menerima bukti pembayaran dan kami berjaya mengesan pembayaran yang telah anda buat.

3) Sila simpan resit pembayaran yang telah dibuat untuk ditunjukkan  pada kerani pendaftaran  pada hari seminar nanti.


Perhatian!!

Seminar ini adalah untuk membantu mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, mereka yang baru berniaga (Newbie)  atau mereka yang menemui jalan  buntu bagaimana hendak melonjakkan jualan. 

Jika perniagaan anda adalah stabil dan pendapatan anda juga  melebihi RM10k atau RM20k sebulan, anda diminta supaya tidak menghadirkan diri ke seminar ini. 

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...