eBook Mengharungi Cabaran Ekonomi Malaysia Baru (2018-2019)


                                Strategi Menghadapi Cabaran   
                  Ekonomi Malaysia  Baru  2019
                  Kaedah 'Survival Chain'.
 

                                            
Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan strategi  menghadapi cabaran ekonomi Malaysia Baru 2019 kaedah 'survival chain'.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, keadaan ekonomi negara berada dalam situasi tidak menentu sejak tahun 2018 lagi. Banyak perniagaan yang terkena tempiasnya. Buktinya dapat dilihat  sewatu aktiviti pembentangan laporan penyata kewangan  yang dilakukan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada hujung  tahun 2018 yang lalu.  


Majoriti syarikat-syarikat ini melaporkan bahawa syarikat mereka telah mengalami kerugian. Kerugian yang dialami ini ditunjukkan melalui harga saham syarikat mereka. Ada yang harga sahamnya jatuh sebanyak 30% dan ada yang jatuh 50%. Malah ada juga yang harga saham mereka menjunam sehingga 70% dari harga asal. 

Kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia ini menjelaskan lagi kepada kita bahawa 'ada something' yang tak kena dengan ekonomi negara.

Tambahan pula mengikut konsep mudah jika kita ingin melihat keadaan ekonomi sesebuah negara sama ada ekonomi mereka baik  atau pun tidak, kita tengok saja prestasi pasaran saham negara tersebut. Jika pasaran saham negara itu sepanjang masa dalam keadaan merudum untuk sepanjang tahun, ia memberi maksud bahawa ekonomi negara itu sedang menghadapi masalah. Begitu juga sebaliknya. 

Jadi, saya minta anda buat sedikit kajian. Bagaimana dengan prestasi pasaran saham negara kita sepanjang tahun 2018 yang lalu? Saya percaya anda sudah tahu jawapannya!

Di samping itu, jika anda membaca berita-berita berkaitan ekonomi sama ada melalui akhbar atas talian mahupun akhbar fizikal, anda juga pasti akan menemui  atau terbaca tajuk-tajuk berita seperti  di bawah.  


Dari tajuk berita di atas,kita sekali lagi boleh katakan bahawa keadaan ekonomi negara kita tidak begitu baik. Malahan beberapa agensi penarafan terkemuka seperti Bank Dunia dan FITCH Rating sudah  terang-terang mengakui bahawa ekonomi negara kita sedang menghadapi masalah. Mereka telah mensasarkan atau menjangka bahawa  ekonomi Malaysia hanya mampu berkembang sekitar 4.2%- 4.5% saja untuk tahun 2019 ini. 

Terkini ( 9 Januari 2019) Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi telah membuat kajian terhadap prospek ekonomi negara di kalangan peniaga dan golongan korporat. Mereka  mendapati bahawa keyakinan peniaga dan golongan korporat terhadap prospek ekonomi negara dikatakan semakin merosot. Rata-rata peniaga dan ahli korporat yang ditemui menjangkakan bahawa perkembangan ekonomi negara kita  adalah  sangat perlahan dan situasi ini dijangka berterusan sehingga suku ke dua atau ketiga tahun 2019.

Kesimpulannya, berdasarkan kepada petunjuk atau indikator yang kita bincang tadi, dapat dirumuskan bahawa keadaan ekonomi negara untuk tahun 2019 ini memang bermasalah  atau dengan bahasa mudahnya, ekonomi sedang mengalami kemersosotan. Cuma pihak kerajaan saja tidak mengumumkan perkara ini secara rasmi (Sebenarnya bukan malaysia sahaja yang hadapi masalah ini sekarang, tapi seluruh dunia). 

Dan keadaan ini sudah tentu tidak bagus untuk semua jenis perniagaan. Termasuk perniagaan anda.

Mengapa?

Kerana mengikut teori, pada peringkat permulaan berlakunya kemelesetan atau ketidaktentuan ekonomi, perniagaan yang mula-mula sekali terkesan atau terkena tempiasnya  ialah perniagaan-perniagaan besar dan bertaraf korporat. Dan sekiranya keadaan ini berlarutan, barulah ia akan merebak pula kepada perniagaan kecil dan sederhana. Termasuklah perniagaan anda.

Namun ramai di antara kita tidak sedar bahawa perniagaan bertaraf korporat ini mempunyai modal pusingan yang besar. Oleh itu, dengan mengamalkan strategi tertentu seperti strategi penjimatan atau hibernasi, perniagaan mereka mampu bertahan dan kita lihat perniagaan mereka seakan tidak terkesan walaupun keadaan ekonomi dilaporkan merosot.


Tetapi, apa yang bakal terjadi kepada perniagaan anda?

Sebagaimana yang dialami oleh syarikat besar atau syarikat bertaraf korporat tadi, perniagaan anda juga akan mengalami kesan yang sama seperti mereka di mana jualan anda mula merosot.  

Jika sebelum berlakunya kemelesetan ekonomi anda  boleh buat  keuntungan besar tetapi bila berlakunya kemelesetan ekonomi, keuntungan yang anda perolehi mula berkurangan.  Malah ada ketikanya anda terpaksa 'mengorek tabung' untuk membeli stok dan menampung kos operasi yang lain untuk memastikan  anda dapat berbisnes seperti biasa. 

Ini adalah disebabkan oleh pelanggan anda sudah tidak kerap lagi berbelanja di kedai anda seperti dulu kerana pendapatan mereka semakin mengecil kesan dari inflasi dan kenaikan dalam kos sara hidup. 
Lantaran itu mereka terpaksa berjimat. Wang gaji yang diperolehi pada setiap bulan terpaksa 'dicatu' dan 'dihalakan' ke tempat   lain yang mereka rasakan lebih penting, seperti menampung pembiayaan anak sekolah, membayar bil  setiap hujung bulan dan membeli barang keperluan yang semakin  mahal harganya.
Jika keadaan ini berterusan (anda terpaksa mengorek tabung untuk membeli stok dan menampung kos operasi), lama-kelamaan wang simpanan anda juga akan habis dan perniagaan anda terpaksa ditutup .

Jadi... Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda boleh survive dalam keadaan sebegini?




Ebook ini memang ditulis khas untuk membantu anda mengurus perniagaan sewaktu ekonomi tidak menentu  dan anda menghadapi masalah penurunan dalam jualan. 
 
Mengikut  konsep  atau strategi yang  diperkenalkan  di dalam  ebook ini,  anda hanya perlu melaksanakan 'dua tindakan segera' atau 'tindakan kecemasan' sekiranya perniagaan anda  menunjukkan simptom berlakunya kemerosotan  jualan.   
Jika anda lambat bertindak, perniagaan anda bakal menghadapi masalah kewangan yang lebih kritikal dan mungkin boleh menyebabkan perniagaan anda terpaksa ditutup.

Apakah tindakan kecemasan itu?

Untuk berlaku adil, sama ada anda berminat untuk mendapatkan ebook ini atau pun tidak, di sini saya nyatakan apakah dua langkah tersebut.

1) Ketahui apa  yang perniagaan anda perlukan! dan berapa?

2) Memastikan pelanggan sentiasa berurusan dengan anda.



Bagaimana untuk mengadaptasikan konsep ini ke dalam perniagaan anda?



Ebook ini  akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut bagaimana dua prinsip/konsep penting  ini dilaksanakan supaya perniagaan anda dapat 'survive'. 

Lagi.. Apa yang terdapat di dalam ebook ini?

Anda juga akan dedahkan   kepada 8 jenis strategi (Lapan jenis strategi) untuk dipraktiskan untuk  menyokong dua konsep tadi agar dapat membantu anda  meningkatkan semula  jualan.


Apakah konsep yang dibincangkan di dalam ebook ini sesuai dipraktiskan?

Ya! Kerana konsep dan strategi yang dibincangkan di dalam ebook ini telah pun dipraktiskan  dan  disyorkan oleh kebanyakan syarikat konsultasi sewaktu mereka membantu klien yang menghadapi masalah berkaitan dengan ekonomi semasa. 

siapa yang sesuai membaca ebook ini?

Tidak kira siapa pun anda sama ada anda.... 
  • Seorang agen yang memerlukan lebih ramai prospek
  • Seorang suri rumah yang tak cukup perbelanjaan dan sedang memikirkan cara bagaimana untuk membantu suami menambah pendapatan
  • Pemilik kedai runcit, peniaga tepi jalan, pemilik restoran atau perkhidmatan servis yang menghadapi masalah jualan yang semakin merosot
  • Seorang peniaga yang menjalankan perniagaan secara atas talian.
  • pemilik farmasi, kedai ubat, kedai cermin mata, kedai telefon bimbit atau tukang jahit  yang inginkan lebih ramai pelanggan
  • Anda baru saja berangan-angan ingin membuka perniagaan sendiri tetapi takut sekiranya perniagaan anda bakal terganggu oleh keadaan ekonomi semasa.
anda layak dan sesuai untuk membaca dan menimba ilmu dari ebook ini.

Berapa harga ebook ini?
Harganya cuma  RM60 ( Enam Puluh  Ringgit Sahaja).


Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini?

Ikut saja langkah mudah yang diberikan di bawah. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1) Anda cuma perlu membayar sebanyak  RM60 ( Enam puluh ringgit sahaja) sama ada    menggunakan   Mesin Deposit Tunai  (CDM)  ataupun membuat 'pindahan bayaran' melalui  akaun anda ke akaun   May Bank saya.
 
Nama dan nombor akaun saya adalah seperti berikut:

 No Akaun May Bank  ( 162106401523) 
Nama : Usry   Bin Abdullah                                                        
2) Setelah itu anda 'whatsapp'   resit bukti pembayaran   ke nombor saya  iaitu :   016-5120479 .  

3) Whatsappkan juga alamat email anda 

4)
Saya kemudiannya akan menghantar  'link'  ebook ini  kepada anda untuk anda  anda 'download' dan baca  setelah saya menerima pengesahan bayaran dari anda. 




 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Makluman
Buku Ini adalah merupakan sebuah eBOOK(electronic book) dan ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. 

Apabila anda membeli eBOOK ini, saya akan menghantarnya ke email anda dan anda perlu mendownloadnya ke komputer atau smartphone anda. 
TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

No comments:

Hidup tidak selalunya indah Namun kita kena terima seadanya

Orang kata langit tak selalunya cerah, kadang kala ada datang juga ribut dan taufan. Namun kita diminta untuk terima apa yang berlaku itu se...